Pemuda Bani Tamim

December 3rd, 2006 by capitt

Pemuda Bani Tamim: Antara Ashaari dan Ahmadi Nejad

Oleh: Maszlee Malik

Ketika artikel ini ditulis, kumpulan Rufaqa sedang menghadapi waktu yang getir. Penangkapan dikenakan ke atas sebilangan ahli mereka di seksyen 13 Shah Alam. Mereka ditahan di atas tuduhan mengamalkan ajaran yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga oleh kerajaan Malaysia.

Pemuda Bani Tamim Dari Rembau

Cerita mengenai Pemuda Bani Tamim di Malaysia dipopularkan oleh para pengikut jamaah al-Arqam. Mereka beriktiqad bahawa Syeikh Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiyah adalah Imam al-Mahdi. Mereka juga meyakin bahawa al-Mahdi tersebut akan dibantu oleh seorang pemuda dari Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim adalah satu individu yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam al-Mahdi akan dibantu oleh seorng pemuda berketurunan Tamim yang bernama Syuib bin Salih. Walau bagaimanapun riwayat-riwayat tersebut bukanlah riwayat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar ketika membicarakan persoalan al-Mahdi.

Menurut Ashaari Muhammad, pengasas jamaah Darul Arqam ataupun al-Arqam, pemuda tersebut adalah dirinya sendiri. Para pengikut beliau pula meyakini juga bahawa Abuya mereka, Ashaari bin Muhammad adalah pemuda tersebut. Menurut mereka juga, Ashaari selaku pembantu Bani Tamim akan dibantu oleh Asoib, iaitu pengikut-pengikutnya dari kalangan ahli jamaah al-Arqam. Hal berkaitan pemuda Bani Tamim ini telah banyak mereka bincangkan semenjak tahun 1992 lagi. (Lihat: Ann Wan Seng, Rahsia al-Arqam, KL: PTS Publication, hal. 84-86)

Antara buku-buku yang bercerita mengenainya ialah buku "Timur dan Khurasan dalam jadual Allah" tulisan Pahrol Mohamad Juoi, buku "Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi" tulisan Abu Muhammad Atta, buku "Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim" tulisan Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dan buku "Dakwah Islam dalam Perspektif Ashaari Muhammad" oleh Dr. A. Tasman Ya’cub.

Selepas jamaah al-Arqam diharamkan pada tahun 1994, ramai yang menyangkakan doktrin ini akan terus hilang. Malangnya, walaupun ianya diharamkan di Malaysia, namun di luar negara, para pengikut al-Arqam terus aktif bergerak dan menjalankan aktiviti mereka. Di dalam negara pula, mereka telah bermetamorfosis menjadi Rufaqa. Dengan lebih 500 cawangan di seluruh negara sehingga tahun 2005, Rufaqa meneruskan semula perjuangan al-Arqam. (Lihat: Ashaari Muhammad, Nasihat buatmu bekas kawan-kawan lamaku, hal. 68).

Buku-buku yang dihasilkan selepas pengharaman al-Arqam dengan jelas menunjukkan perkara tersebut. Segala riwayat-riwayat yang berkaitan dengan "Pemuda Bani Tamim" telah cuba diserasikan oleh para pengikut al-Arqam dan kemudiannya Rufaqa dengan Ashaari. Ashaari mengganggap ianya sebagai ijtihad beliau, dan inilah hujah yang diguna pakai oleh para pengikut mereka. Perbincangan lanjut mengenai isu ini telah dikupas dengan baik oleh Dr Abdul Rahman Abdullah di dalam bukunya, "Gerakan Tradisional Islam Di Malaysia: Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam", terbitan Karisma Publication, dari halaman 117 sehingga 121.

Kesimpulannya, bagi para pengikut al-Arqam dan juga Rufaqa meyakini bahawa Pemuda Bani Tamim yang akan muncul membantu Imam al-Mahdi adalah Ashaari Muhammad yang dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada tahun 1938. Mereka juga percaya bahawa, Ashaarilah yang akan membantu Imam al-Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi untuk menguasai dunia. Mereka juga percaya, bahawa mereka adalah tentera-tentera al-Mahdi.

Pemuda Bani Tamim dari Tehran

Sepertimana lain-lain kumpulan berteraskan aqidah "Masionic" (menantikan penyelamat atau Messiah), Syiah juga tidak ketinggalan mempunyai iktiqad berkaitan pemuda Bani Tamim. Antara teras aqidah Syiah Imamiyah ialah kedatangan Imam al-Mahdi. Imam ke-12 (Muhammad bin Hassan al-Askari) menurut aqidah Syiah itu akan muncul menjelang akhir zaman untuk mendaulatkan Islam selepas beliau menghilangkan diri berkurun-kurun lamanya. Imam al-Mahdi juga menurut kepercayaan Syiah akan membawa kebahagiaan kepada manusia sedunia (al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, hal. 165).

Menurut aqidah Syiah, Imam al-Mahdi yang akan muncul itu akan dibantu oleh Syuib bin Saleh, atau juga yang dikenali sebagai pemuda Bani Tamim. Di dalam buku al-Syiah wa al-Raj’ah, kaum Syiah ada meriwayat kata-kata Ammar bin Yasir yang mengatakan : "Syuib bin Salih akan bersama panji al-Mahdi". (di dalam "al-Syiah wa al-Raj’ah, j. 1, hal. 211", rujuk: www.wahamb.spaces.lives.com).

Di dalam riwayat yang lain pula, ada disebutkan: "Yang akan mengetuai tentera al-Mahdi adalah pemuda dari (Bani) Tamim, (beliau) berjanggut jarang dan dipanggil sebagai Syuib bin Salih". (Lihat Ibn Hammad, al-Fitan, hal. 8)

Menurut riwayat-riwayat yang menceritakan sifat-sifat Syuib bin Salih, ialah: Beliau adalah seorang pemuda yang berkulit sawo matang, berbadan kurus, janggutnya jarang, pemimpin tentera, seorang yang tegas, seorang tentera yang berpengalaman, dan juga beliau berasal dari al-Ray (Iran).

Ciri-ciri tersebut menurut sesetengah golongan Syiah, terdapat pada Ahmadi Nejad ataupun  "Ahmadi Nazod", presiden Iran sekarang. Berdasarkan fakta ini, seorang ulama Syiah, Syeikh Misbah al-Yazdi, yang juga merupakan penasihat spritual kepada Ahmadi Nejad telah menegaskan bahawa Ahmadi Nejad merupakan Syuib bin Salih atau pemuda Bani Tamim tersebut. Beliau telah mengatakan perkara tersebut di dalam akhbar berbahasa Arab, al-Syarq al-Awsat bertarikh 13 November 2005.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan jolokan yang diberikan rakyat Iran kepada Ahmadi Nejad. Beliau digelar sebagai "Mard Dimyar" atau "Mard Soleh" yang bermaksud "Pemuda yang salih". Beliau yang disayangi rakyat juga digelar sebagai "Notijat Sya’bi Salih" yang bermaksud "Syuib bin Salih". Hal ini telah disentuh oleh seorang penulis Syiah dari Lubnan Syadi al-Faqeh di dalam bukunya, "Ahmadi Nejad  Wa al-Thawrah al-Alamiyyah al-Muqbilah" (hal. 75-76).   

Sepertimana gurunya, Ahmadi Nejad juga meyakini bahawa umat Islam sedunia sekarang berada di ambang kemunculan Imam al-Mahdi yang mereka nanti-nantikan. Pelbagai ramalan dan tilikan telah dilakukan oleh para ulama Syiah sekarang demi memadankan riwayat-riwayat dari imam-imam mereka tentang al-Mahdi dan peristiwa di zaman kemunculannya agar serasi dengan zaman sekarang. Sepertimana al-Aqam, Syiah yang lebih luas pengaruhnya di serata dunia juga turut mengakui bahawa merekalah tentera al-Mahdi. Peperangan Hizbullah-"Israel", nuklear Iran dan juga ancaman dari AS dianggap sebagai mukadimah kepada kemunculan al-Mahdi. Kesimpulannya, Syiah juga turut mencalonkan Ahmadi Nejad untuk mengisikan kekosongan jawatan Syuib bin Salih, pemuda Bani Tamim.

Siapakah sebenarnya Pemuda Bani Tamim?   

Persoalannya kini, siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim?, adakah beliau seorang Melayu yang dilahirkan di Negeri Sembilan?, ataupun dia seorang pemimpin negara yang berasal dari Ardibil, Iran?

Seperkara yang menarik mengenai kedua-dua calon Pemuda Bani Tamim tersebut ialah kedua-duanya bukanlah orang Arab dan bukanlah berasal dari Bani Tamim. Apa yang menarik juga ialah, kedua-dua calon berkenaan mempunyai Imam Mahdi yang berbeza. Seorang menantikan Imam Mahdi yang berasal dari Indonesia, manakala seorang lagi menantikan Imam Mahdi yang akan muncul dari Sirdabnya di Iraq. Lebih malang lagi nasib buat jawatan Imam al-Mahdi, bukan hanya dua orang calon dari Indonesia dan Iraq itu sahaja yang ada, malah ribuan calon al-Mahdi lain, sejak dari dulu, kini dan masa akan datang bersedia untuk mengisikan kekosongan jawatan tersebut. Setiap tarekat Sufi mempunyai calon masing-masing, setiap firaq (kumpulan) Syiah mempunyai calon mereka yang tersendiri, dan setiap kumpulan ajaran-ajaran sesat yang lain juga mempunyai calon mereka yang tersendiri. Ini bermaksud, jawatan Pmuda Bani Tamim juga bukanlah hanya milik kedua-dua calon dari Malaysia dan Iran. Ribuan lagi para penanti al-Mahdi yang bersedia untuk dinobatkan sebagai "Pemuda Bani Tamim".

Tidakkah kita belajar dari pengalaman-pengalaman yang lepas. Bukankah ajaran-ajaran sesat dan agama-agama baru banyak yang muncul akibat Mahdi-Mahdi yang pernah muncul. Di kalangan Syiah sendiri pun, ajaran Bahaiyyah, Nusayriyah dan lain-lain lagi merupakan produk kemunculan Mahdi di zaman-zaman lampau dari kelompok mereka. Begitu juga halnya dengan ajaran-ajaran sesat lain yang turut timbul dari kumpulan-kumpulan sufi yang telah disesatkan oleh Mahdi-Mahdi mereka.

Persoalannya, apakah riwayat mengenai al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim benar-benar kuat dan qat’iyy? Kita serahkan kepada pakar-pakar hadith untuk meneruskan perbincangan seterusnya….

-al-ahkam.net-

Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah

December 1st, 2006 by capitt

Pada bulan September
lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM.
Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka
tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam
Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di
sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya
aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen.

Dunia Islam yang sepatutnya menerajui
tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang
peranan. Hasil dari hilangnya akidah yang menjadi asas tamadun umat,
maka hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam
kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di
Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman,
mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.

Bahkan ada istiadat dan pegangan bangsa yang
menyanggahi syarak menggantikan tempat agama. Wanita Islam di Pakistan
umpamanya, begitu ditindas di sudut hak sebagai wanita, bahkan sebagai
insan. Anak perempuan bagaikan hak dagangan bapanya yang mempunyai
kuasa mutlak mengahwinkan dia kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa
diizinkan sebarang bantahan dari empunya tubuh. Isteri pula bagaikan
hamba abdi suaminya yang diberi kuasa oleh budaya setempat memukul dan
menyiksa.

Wajah-wajah buruk bangsa yang menganut Islam ini
telah benar-benar menconteng keindahan Islam di mata dunia. Setelah
menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau, ‘Ali Tantawi
berkata: “Mijoriti kaum muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka
dengan kewajipan-kewajipan agama ini, maka mereka berada di belakang
umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam
(menghina Islam-pen). Sehingga Jamal al-Din al-Afghani, atau Muhammad
‘Abduh menyebut perkataan yang hebat: “Islam itu terlindung oleh
penganutnya”.( ‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah (1986))

Secara umumnya, kemunduran ini berpunca dari
beberapa faktor. Jika difokuskan kepada pemikiran hukum atau
perkembangan pegangan syariat di dunia Islam, faktor-faktor berikut
menjadi penyumbang utama:

 

i. Hilangnya Teras Akidah Dalam Penyampaian Syariat

Hilang kefahaman yang betul terhadap tuntutan syahadatain.
Islam tidak difahami bermula dari persoalan akidah. Pada hal itu adalah
teras dan asas. Maka syirik serta khurafat berluluasa dalam Dunia
Islam. Syirik, tahyul dan khurafat telah menghilangkan Islam tulen yang
merupakan teras kepada ketamaduan. Bermula dari tangkal, mentera
syirik, sehingga kepada meyakini sistem yang lain setanding dengan
Islam. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran
akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia
Islam..kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi,peperangan, pemikiran dan
kebudayaan.( ‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah (1986)

Ramai muslim yang akidah mereka menyimpang dari
daerah kemurnian menuju kesesatan, bahkan mungkin ke arah kemurtadan.
Di sesetengah negeri pengajaran tentang perkara-perkara yang
membatalkan wuduk, solat, puasa
dan beberapa tajuk-tajuk fekah yang lain lebih diutamakan dibandingkan
dengan pengajaran mengenai perkara-perkara yang membatalkan akidah.
Hasilnya, ramai muslim yang mengetahui perkara-perkara yang membatalkan
wuduk, solat, puasa dan seumpamanya, namun jahil tentang
perkara-perkara yang membatalkan iman.

Jika pun dibincangkan persoalan
akidah, mereka dipengaruhi pula oleh falsafah Greek lama yang
kadang-kala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada
akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja. Ini seperti
Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta,
tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian
diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru
yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia
akan berkata: “Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…”.
Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah kalam
warisan Greek dan Yunan.

Akidah yang diajar oleh Nabi s.a.w
adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Dalam ajaran Islam,
persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang
untuk dimengertikan oleh semua lapisan umat. Ini kerana persoalan
akidah mesti difahami oleh mereka yang buta huruf, badawi di padang
pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai.
Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami
oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam
yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk
memahaminya?!!. Malangnya kemasukan pengaruh Yunan ke dalam pemikiran
sebahagian umat Islam telah menyebabkan mereka menjadikan ilmu kalam
sebagai akidah dan meminggirkan persoalan-persoalan asasi dalam akidah
Islamiyyah. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan
akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah….Lebih
daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka”. (Al-Qaradawi, Thaqafat al-Dai‘iyat, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991)

 Kemuncak dan tujuan daripada perbahasan tauhid ilmu kalam ialah untuk membuktikan keesaan Allah dan tiada sekutu baginya. Mereka menyangka ini yang dimaksudkan dengan tuntutan La ilah illa Allah. (Lihat: Dr Sulaiman al-Asyqar,  Al-akidat fi Allah m.s 32-33. Kuwait : Maktabat al-Falah (1984) Sedangkan akidah La ila illa Allah bukan sekadar percaya Allah itu wujud dan bersifat dengan sifat-sifatNya yang sempurna. Bahkan La ilah illa Allah adalah seruan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hukum-hakam syarak dibina di atas tuntutan ini.

Dengan hilangnya teras La ilah illa Allah maka penyampaian hukum-hakam syarak menjadi hambar dan hilang kekuatan terasnya.

 

ii. Ancaman Bid’ah Dalam Amalan Syariah

 Kemasukan fahaman-fahaman
karut yang dianggap agama telah melemah dan merosakkan wajah Islam yang
tulen. Amalan-amalan bid’ah telah menghilangkan fokus umat terhadap
pembangunan minda dan kefahaman yang jitu. Kata Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi:
“Halangan-halangan syirik, kejahilan dan kesesatan hampir menutupi
tauhid Islam yang bersih. Maka masuk ke dalam sistem agama
bid’ah-bid’ah yang mengambil tempat yang luas dalam kehidupan muslimin
dan ia memalingkan mereka dari agama yang sahih dan kehidupan dunia.
Sedangkan keistimewaan dan kelebihan muslimin dibandingkan umat-umat
yang di dunia ini hanyalah disebabkan agama ini, yang dibawa oleh
Muhammad s.a.w. Keistimewaan dan mukjizat agama ini pula ialah pada
kesahihan dan keasliannya. Ia menjadi istimewa kerana ia wahyu Allah
dan syariatNya. Yang mencipta peraturannya (agama ini) ialah Tuhan
Tidak Dapat Dicabar, dan yang membuat syariatnya ialah Tuhan Yang Maha
Bijaksana “Diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji”(Fussilat:
42). Apabila akal, perbuatan dan hawa nafsu manusia masuk ke dalam
agama ini, maka tiada lagi kelebihannya ke atas agama-agama lain yang
diselewengkan oleh pengikut agama-agama itu dan peraturan yang ditenun
oleh tangan manusia, melainkan dengan kadar wahyu yang masih tinggal
terpelihara padanya. Tidak lagi menjadi penjamin penjamin kebahgiaan
dunia dan akhirat dan tidak lagi benar-benar menundukkan akal dan
menarik manusia kepadanya”.( Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 195, Kaherah: Maktabat al-Sunnat (1990)

 

iii. Golongan Agama Yang Lemah

 Dalam sejarah Islam,
golongan agama adalah tonggak kepada kebangkitan umat. Islam yang
syumul telah membentuk pemikiran para ulama agar kritis, maju dan
membangun. Golongan ulama yang berkualiti ini terus wujud di sepanjang
zaman. Namun jumlah dan penguasaan mereka berbeza dari satu zaman ke
satu zaman. Jumlah para ulama yang berkualiti seperti yang disebut
dalam hadith ini adalah kurang:

 

 “Akan selalu membawa ilmu ini mereka
yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan
(menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong
golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil” (Hadith ini
hasan. Para ulama berkhilaf pendapat mengenai kedudukan hadith ini.
Sebahagian mereka mensahihkan, sebahagian mendhaifkannya. Ibn al-Qayyim
dalam Miftah Dar al-Sa‘adah menyatakan hadith ini thabit. Beliau menghimpunkan jalan-jalan periwayatan hadith. Beliau turut menyebut kata-kata al-Imam Ahmad: “Ia hadith sahih” (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa‘adah,
m.s 227-229, Saudi: Dar Ibn Hazm). ‘Ali Hasan al-Halabi menilai hadith
ini sebagai hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. (Sadiq
Hasan Khan, Al-Hittah fi Dhikr al-Sihah al-Sittah, tahqiq: ‘Ali Hasan al-Halabi, Beirut: Dar al-Khail). Demikian Salim bin ‘Id al-Hilali menyatakan hadith ini hasan. Bahkan beliau menulis buku khas menerangkan kesabitan hadith tersebut (lihat: Salim bin ‘Id al-Hilali, Limadha Akhtartu al-Manhaj al-Salafi, m.s. 63 Saudi: Dar Ibn al-Qayyim (2000)

 

Walaupun wujud, tetapi tidak ramai. Mungkin juga
banyak ulama seperti itu, dan pengikut mereka juga ramai, namun secara
nisbah jumlah umat yang wujud, mereka masih dianggap kecil.

Kata Muhammad Qutb ketika membincangkan tentang
kemunduran ilmu, tamadun, ekonomi pemikiran dan budaya di Dunia Islam:
“Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang
dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya-. Ditambah
dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang
tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah
menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan
minda lagi tidak berguna dan memayahkan. Mengubah akidah dari inti
kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada
pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan tujuan. Lebih daripada itu
pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan
pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa
yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak
dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara
sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu
golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambah
lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan
para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di
dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata
untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang
lain..”.( Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176.)

Golongan agama dikuasai oleh golongan yang lemah
kemampuannya. Singkat pula penguasaannya terhadap nas-nas agama dan
pengetahuan semasa. Golongan yang mempelajari agama bukan lagi
terpilih. Sehingga orang melayu umpamanya, menganggap mana-mana anak
yang kurang kemampuan akademik, dihantar ke pengajian agama atau
pondok. Akhirnya lahirlah golongan ustaz dan tok guru yang lemah
kekuatan minda dan analisanya.

Serentak dengan kekuatan kebendaan yang muncul di
Barat, kekuatan institusi agama pula bertambah lemah. Pengajian agama
dibentuk dengan begitu sempit dengan nilai-nilai taksub mazhab, lalu
mereka membela mazhab melebihi dari membela Islam. Di samping mereka
pula terpencil dari dunia akibat diracun pemikiran kesufian yang
melampau dan terbabas, memusuhi perkara-perkara baru yang mereka jahil
mengenainya. Ini seiras dengan tindakan gereja yang membawa kebangkitan
Revolusi Industri atau Revolusi Perancis.

 

iv. Cenderung Kepada Fiqh Yang Memayahkan (Ta’sir)

Golongan agama yang lemah inilah yang membesarkan
fatwa ‘pintu ijtihad telah tertutup’ lalu mengharamkan segala pandangan
baru, hanya kerana mereka jahil mengenainya. Bukan kerana ia bercanggah
dengan agama. Golongan agama ini mengasingkan diri dari pentas
pengetahuan moden. Mereka kelihatan kolot dan tidak mahu mengambil tahu
dunia sekitar. Fatwa-fatwa agama lebih condong kepada pengharaman,
sedangkan dalam agama asal sesuatu perkara bersifat mu’amalah adalah
harus. Mereka pula menjadikan asal apa yang mereka tidak faham dan
tidak tahu adalah haram. Hukum-hakam menjadi sempit. Perbincangan fekah
yang diperdengarkan untuk generasi moden seakan untuk manusia pada 1000
atau 500 tahun yang lalu, agar senada dengan teks mazhab tanpa meraikan
perkara-perkara yang berlaku dalam fekah. Mereka seakan manusia yang
kehilangan kerja, lalu membahaskan masalah mudah menjadi payah. Soal
wuduk sahaja disyarah hampir berbulan dengan andaian-andaian yang
bukan-bukan. Sedangkan pendengar perlu berwuduk segera, lima kali
sehari. Contoh yang lain ialah soal niat yang begitu mudah. Setiap
amalan itu dengan niat. Namun ia dibahaskan dengan begitu
payah. Diletakkan syarat-syarat yang bukan memudahkan, sebaliknya
memayahkan. Persoalan bagaimana hendak melafazkan niatkan sahaja telah
mengambil masa umat begitu lama dan berkesudahan dengan bertambah sukar
dan was-was dalam solatnya.

 Kata Ibn Taimiyyah
(meninggal 728H):(Bahkan melafazkan niat itu adalah cacat pada akal dan
agama. Adapun pada agama kerana ia adalah bid’ah . Adapun pada akal,
kerana ia seperti orang yang hendak makan sesuatu makanan lalu berkata:
“Aku berniat meletakkan tanganku pada bekas ini kerana aku hendak
mengambil satu suap darinya, lalu aku letakkannya dalam mulutku, lalu
aku kunyah kemudian aku menelannya supaya aku kenyang”. Sama seperti
orang yang menyebut: “Aku niat bersolat fardu ini pada masuk waktunya,
empat rakaat dalam jamaah, tunai kerana Allah”. Ini semua adalah bodoh
dan jahil. Ini kerana niat adalah kesampaian pengetahuan. Apabila
seseorang hamba Allah tahu apa yang sedang dia buat, maka dengan
sendirinya dia telah berniat perkara itu. Tidak terbayang dengan wujud
pengetahuan dalam akalnya, untuk dia melakukan tanpa niat. Tidak
mungkin pula tanpa pengetahuan, terhasilnya niat. Telah sepakat para
imam yang empat bahawa menguatkan suara dalam berniat dan mengulanginya
tidak disyariatkan. Bahkan sesiapa yang terbiasa dengan itu hendaklah
diberi hukuman (untuk mengajarnya) bagi menghalangnya melakukan ibadah
secara bid’ah dan mengganggu orang ramai dengan mengangkat suara.( Ibn
Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 2/ 95. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat (1987)

 

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: (Niat ini adalah amalan
hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w.,
tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka
dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat
ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang
kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti
mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau
solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau
aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan
dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat
al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan
tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar.
Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi
dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam
ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan
dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”. (http//:qaradawi.net)

 

 Mereka lupa sifat agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut
Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis
(namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi
mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan
melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari
mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka.
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga
menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya
(Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-‘Araf:
157)

 

Firman Allah: (maksudnya) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah: 185)

 

Firman Allah: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak
meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu
dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28)

 

v.Taqlid Hukum Tanpa Kajian

 Sikap taksub mazhab fekah
begitu kuat, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar
mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama
jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun
terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf
al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang
mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa
masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah.
Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak
berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak
diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam
mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah
hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya
menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana
sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka
atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh
golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang
selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan
sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru
itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid
mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil
paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.(
Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

 

iv. Fokus Hukum Yang Sempit

 Selain dari kesempitan
pemikiran, fiqh yang menyusahkan, taqlid tanpa kajian ditambah pula
dengan fokus fiqh yang amat terbatas. Pengajian hukum hanya tertumpu
kepada persoalan perukunan. Hukum-hakam syarak hanya digambar berkisar
mengenai taharah, haid dan nifas, solat, puasa, zakat dan haji.
Akhirnya Umat Islam mulai jahil tentang kesyumulan sistem Islam yang
menyeluruh. Persoalan

 Hasilnya, negara-negara Islam
kelihatan begitu miskin dan lemah. Kotor, tidak berperaturan, rasuah,
mundur dan diperbodohkan. Padahal umat Islam memiliki bumi yang subur
dan kedudukan yang stratigik. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang
paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian
yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya.
Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi
kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya
dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna
bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita
menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai
menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan
memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk
membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Ain al-Khalal, m.s.12-13, Beirut: Muassasat al-Risalat (2001)

Abu Hasan `Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia
Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab
sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta,
industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan
apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya
dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan
demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan
barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu
perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak
ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu
dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak
dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka
sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam
urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”.( Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin,, m.s. 416)

Apa tidak, ruh kekuatan negara telah dihilangkan.
Mereka tidak menjadikan Islam sebagai ruh dan urat saraf. Jadilah
mereka bagaikan insan kegelapan kehilangan cahaya. Pun jika dia
mempunyai akal, dia dapat berfikir, bergerak dan meraba bagi
mendapatkan semula lampunya semulanya. Malangnya dia bodoh lalu dia
merasakan aman tanpa cahaya kerana dia tidak lagi takut kepada bahaya
di hadapannya disebabkan dia tidak nampak. Akhirnya dia jatuh ke dalam
kemusnahan. Jika dia jatuh bersendirian tidak mengapa, itu adalah hasil
kebodohannya, namun yang menjadi masalah apabila rakyatnya turut
menjadi mangsa.

Hasil dari para pemerintah yang tidak
bertanggungjawab dan kontang akal, negara-negara umat Islam berwajah
dengan wajah kemunduran. Samada senjata, pengangkutan, bahkan makanan,
kita terpaksa meminta sedekah, atau membeli dari orang lain. Pemerintah
dan raja negara-negara umat Islam kelihatan mewah dengan hasil mahsul
yang dijual atau disamun oleh Barat. Negara terus berada dalam
kemunduran teknologi dan minda. Rakyat pula ramai yang miskin, buta
huruf, dan tidak terurus.

 

 Lemahnya
pemikiran golongan agama lemahlah agama…Faktor-faktor di atas antara
pemangkin mengapa agama dipandang rendah. Faktor-faktor ini mesti
dihapuskan. Ruh kekuatan agama mesti dikembalikan. Kita
menyeru kepada keluasan pemikiran dan pendekatan yang memampukan kita
menghadapi cabaran zaman. Kesemua ini dengan syarat tidak
membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh: Dr.Asri Zainul Abidin (3 May 2006)

-al-ahkam.net-

Kesahihan Al-Quran & Bible

December 1st, 2006 by capitt


Kesahihan al-Qur’an dan Bible

 
   
 

Soalan
   

   
Jika
non-Muslim bertanya berkenaan kesahihan al-Qur’an, bagaimana kita boleh
menjawab soalan itu dan apakah bukti yang boleh kita berikan mereka
yang al-Qur’an dalam bentuknya yang asal sejak daripada permulaan dan
tidak pernah dipinda. Juga, Jika non-Muslim bertanya apakah bukti yang
kita (Muslim) ada yang Bible sudah diseleweng.
 

Jawapan Oleh Shahul Hameed

Wahyu ialah cara utama Allah mengatur alam ini. Terdapat dua
aspek berkaitan wahyu. Pertama wahyu itu sendiri dan kedua bukti wahyu
itu datang dari Allah. Buktinya datang dalam pelbagai cara. Tetapi,
sebelum melihat kepada bukti-buktinya, mari kita secara ringkas
berfikir akan wahyu itu dan kenapa wahyu itu penting dalam perancangan
alam.

Keperluan asas untuk wahyu adalah untuk menyediakan autoriti moral,
untuk memimpin manusia kearah mencapai matlamat kewujudan, yang
merupakan kehendak Allah. Tanpa wahyu, kita mungkin hanya akan
menghukum apa yang berguna untuk keadaan kita. Tetapi, tujuan kita
dalam penciptaan memerlukan satu autoriti yang lebih besar daripada
pertimbangan dunia semata-mata. Apa yang betul? Apa yang salah? Ini
ialah soalan-soalan berkaitan dengan ciri utama kewujudan dan hanya
boleh dijawab oleh Sang Pencipta – Allah.

Al-Qur’an menerangkan perkara ini awal-awal lagi. Al-Qur’an bermula
dengan bacaan asas solat al-fatihah – pembukaan. Ini satu doa utama
kepada Allah untuk petunjuk . Surah seterusnya al- Qur’an mula menjawab
doa ini dengan kenyataan berikut:

 
Kitab(Al Quran) ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
 
Surah 2 Ayat 2

Apabila merujuk kepada bukti-bukti yang sesuatu kitab sememangnya
datang daripada Allah, terdapat banyak pertimbangan. Pertamanya, kita
boleh melihat kepada integriti teks dan fakta sejarah mengenai
pengumpulan kitab itu. Ini menjelaskan realiti sejarah kitab itu.
Kemudian kita boleh melihat bagaimana apa yang dikatakan menjadi bukti
berasal dari kalam Tuhan. Pertamanya mari kita lihat pada bukti sejarah
dan ketekalan (consistency) akan dakwaan yang dibuat atas setiap kitab.

Al Qur’an

Berkenaan dengan kesahihan al- Qur’an, kita perhatikan perkara-perkara berikut:

Allah memberitahu Rasulullah dalam al-Quran:

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran
karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya. Sesungguhnya atas tanggungan
Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.
Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.

 
Surah 75 Ayats 16 - 19

Allah memberi jaminan yang pengumpulan dan penyebaran al- Qur’an
adalah terjamin. al- Qur’an di hafal oleh Rasulullah (SAW), yang
menerima wahyu ilahi itu, bukan sahaja membaca nya kepada sahabat
baginda, tetapi mempelajari nya dengan hafalan. Bahkan, Rasulullah
(SAW) mengambil sepenuh usaha untuk memastikan para sahabat juga
mempelajari nya dengan hafalan. Rasulullah (SAW) bersabda:

‘Yang terbaik dikalangan kamu (Muslims) ialah mereka yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.’ (Bukhari, VI - No. 546)

Mengikuti arahan Rasulullah (SAW), ramai sahabat baginda
mempelajari al-Qur’an dengan menghafal, serta-merta setelah ayat-ayat
itu diwahyukan. Imam Suyuti menyebut – dalam Itqan beliau- lebih
daripada dua puluh orang yang terkenal yang menghafal wahyu itu. Amalan
menghafal al-Qur’an telah amat digalakkan oleh Rasulullah (SAW), bukan
sahaja sahabat baginda, tetapi Muslim yang alim kemudiannya juga
mengambil berat menghafalnya.

Benar yang al-Qur’an tidak dikumpulkan dalam satu buku semasa masa
Rasulullah (SAW); tetapi ayat-ayat itu ditulis dengan cermat dan surah
dibaca, bukan hanya semasa solat, tetapi juga pada peristiwa lain.
Muslim diajar yang membaca dan mempelajari ayat-ayat al-Qur’an ialah
amalan mulia dan mendapat pahala besar. Atas sebab ini, sahabat
Rasulullah (SAW) bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat itu, yang
sebahagian besarnya bertanggung-jawab dalam menjaga al-Qur’an dalam
hati manusia.

Kisah Omar memeluk Islam amat terkenal. Dalam riwayat Ibn Hisham
kita boleh membaca bagaimana Omar meminta adik perempuannya untuk
memberikan kepada beliau satu keping al-Qur’an yang tertulis, yang
mereka telah baca. Perkara ini ialah bukti amalan menulis ayat-ayat
al-Qur’an atas bahan-bahan yang ada sudah dilakukan pada masa awal
turun wahyu.

Penulis-penulis riwayat hidup Rasulullah (SAW) dengan jelas
mencatatkan yang baginda melantik ramai penulis untuk mencatat wahyu
al- Qur’an. Hadith ini membuktikan yang para sahabat telah ada
al-Qur’an dalam bentuk bertulis:

 
‘Daripada Ibn Omar: … Rasulullah
(SAW) bersabda: ‘Jangan dibawa al- Qur’an dengan kamu semasa
perjalanan, kerana aku takut ia jatuh ke tangan musuh’’.
 
(Sahih Muslim & Sahih Bukhari)

Jelaslah yang ini merujuk al-Qur’an dalam bentuk bertulis .
Terdapat tiga hadith dalam Sahih Bukhari, memaklumkan kita yang
Malaikat Jibril selalu membaca al-Qur’an dengan Rasulullah (SAW) sekali
setahun, tetapi dia membacanya dua kali bersama baginda pada tahun
baginda meninggal. Ini berlaku apabila Rasulullah (SAW) selalu
beriktikaf (beribadah bersendirian) selama sepuluh hari setiap tahun
(dalam bulan Ramadan), tetapi pada tahun baginda meninggal, baginda beriktikaf selama dua puluh hari. (Bukhari)

Jelaslah dengan sebab-sebab tadi yang tiada perbandingan antara
al-Qur’an dan Kitab-kitab suci lain, dalam hal merekod dan menyebarkan
kepada generasi kemudian. Sedangkan kitab-kitab dalam Perjanjian Lama
dan Baru, contohnya, ditulis, diedit dan dikumpulkan dalam jangka
panjang, kadang-kala berabad, kandungan al-Qur’an, biar pun wahyu sudah
berakhir, masih kekal sama, sehingga hari ini.

Zaid ibn Thabit ialah ketua penulis, yang selalu mencatatkan wahyu,
mengikut arahan Rasulullah (SAW). Selepas zaman Rasulullah (SAW), dalam
perang Yamama, sebilangan besar huffaz (mereka yang menghafal
al-Qur’an) syahid. Maka Abu Bakar melantik Zaid untuk mengumpulkan
semua versi al-Quran yang ada bertulis dan membawa satu salinan utama.
Disebabkan beliau ialah ketua penulis Nabi, maka beliau orang yang
paling sesuai untuk kerja itu.

Apabila beliau menyempurnakan kerja itu, beliau memberikan koleksi
al-Qur’an bertulis kepada Abu Bakar, yang Abu Bakar menyimpan
bersamanya sehingga kematiannya. Selepas kematian Abu Bakar, Omar,
khalifah kedua, akhirnya memberikannya kepada anaknya Hafsa – seorang
daripada isteri nabi – untuk dijaga. Daripada koleksi bahan ini
Khalifah Othman menyediakan beberapa salinan dalam bentuk kitab lengkap
pertama Al-Qur’an. Beberapa salinan ini masih wujud.

Allah memberi jaminan kepada kita dalam al-Qur’an:

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

 
Surah 15 Ayat 9

… sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang
tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari
belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Terpuji.

 
Surah 41 Ayats 41 – 42

Untuk fakta sejarah lebih lanjut mengenai masa wahyu al-Qur’an sila
baca ‘Ulum al-Quran - An Introduction to the Sciences of the Qur’an –
oleh Ahmad Von Denffer

Bible

Apabila kita meneliti sejarah Bible, kita dapati kisahnya berlainan sekali. Pertamanya, Bible
bukannya satu kitab; tiada orang Kristian yang boleh mendakwanya
sebagai satu kitab, yang diwahyukan kepada Tuhan kepada seorang Nabi.
Bahkan, mengikut kepada beberapa pendita Kristian, ia ialah “satu kumpulan kitab-kitab”. Ini bermakna yang Bible telas ditulis oleh ramai pengarang pada pelbagai peringkat dalam sejarah. Ini adalah perbezaan utama antara al-Qur’an dan Bible.

Semua Bible dibahagikan kepada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Perjanjian Lama terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis sebelum Nabi
Isa al-Masih. Kemudian, Perjanjian Baru terdiri daripada kitab-kitab
yang ditulis selepas Nabi Isa al-Masih.

Mengikut kepada Encyclopedia Universalis (Paris, 1974 edition, Vol.
A pp. 246- 263: Entri: Bible, yang ditulis oleh J.P. Sandroz, Professor
di Dominican Faculties, Saulchoir), Perjanjian Lama muncul sebagai satu
kesusasteraan agung bagi orang Yahudi, daripada asalnya hingga
kedatangan agama Kristian.

Kandungan kitab itu ditulis, disiapkan dan disemak antara kurun
Kesepuluh dan pertama Sebelum Masihi. Kitab itu ialah kumpulan hasil
kerja pelbagai panjang dan pelbagai genre yang banyak. Kitab itu
ditulis dalam beberapa bahasa, pada tempoh lebih sembilan ratus tahun,
berdasarkan tradisi lisan. Banyak hasil kerja itu dibetulkan dan
disiapkan, mengikut peristiwa atau keperluan khas, selalunya pada
tempoh yang sanggat lama di antara satu sama lain.

Untuk memahami apa yang Perjanjian Lama menggambarkan, penting
untuk mengekalkan maklumat ini, yang disahkan dengan tepat kini oleh
pakar yang amat layak. ‘Satu wahyu dicampur-aduk dengan kesemua
penulisan itu, tetapi semua yang kita ada kini ialah apa yang mereka
lihat sesuai untuk ditinggalkan kepada kita. Mereka ini memanipulasikan
penulisan itu untuk menggembirakan diri mereka, mengikut kepada keadaan
yang mereka berada dan keperluan yang mereka hadapi.’ (The Bible,
Qur’an and Modern Science - by Maurice Bucaille.)

Kita juga dapati dalam The Interpreter’s Dictionary Of The Bible:

‘Naskah asal kitab Perjanjian Baru sudah pasti telah lama hilang.
Fakta ini tidak sepatutnya menyebabkan kejutan. Pertamanya, kitab itu
ditulis di atas papyrus, bahan yang sangat rapuh dan mudah musnah.
Keduanya, dan mungkin bahkan lebih penting , naskah asal Perjanjian
Baru tidak dilihat sebagai kitab oleh mereka dari masyarakat Kristian
awal.’ (George Arthur Buttrick - Ed.: The Interpreter’s Dictionary Of
The Bible, Volume 1, p. 599 – under: ‘Text, New Testament’).

Perjanjian Baru mengandungi 39 kitab. Empat kitab pertama dikenali
sebagai Injil, yang menceritakan kisah Isa. Kitab yang lain ditulis
oleh mereka yang dikatakan pengikutnya. Yang paling utama antara mereka
ialah St. Paul, yang menulis tiga belas kitab. Yang
menghairankan dalam hal itu ialah St. Paul ini, walaupun sezaman dengan
Isa, tidak pernah berjumpa beliau, dia bukan dikalangan dua belas orang
pengikut yang di pilih oleh Isa sendiri! Akan tetapi, ideanya, bukannya
daripada Isa atau sebahagian pengikut beliau, yang telah memberi bentuk
utama kepada agama Kristian moden!

Empat penulis Injil ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Dikalangan
pengikut Isa, kita jumpa semua nama ini kecuali Luke. Paderi-paderi
Gereja mengajarkan pengikutnya yang penulis Injil ialah “saksi” kepada
perbuatan Isa. Tetapi pengkaji moden menjelaskan yang penulis Injil dan
pengikut itu ialah orang yang berbeza. Contohnya, ada pengikut yang
bernama Matthew, tetapi Injil Matthew bukannya ditulis oleh Matthew ini
! Injil The King James Version menjelaskan fakta ini, lihat tajuk
Injil-injil: Injil mengikut Matthew, Injil mengikut Mark… dan
sebagainya, dan bukannya Injil oleh Matthew, Gospel oleh Mark dan
sebagainya.

Ajaran Kristian ialah Injil-injil ini, sebagaimana Perjanjian Baru
yang lain, adalah “kalam Tuhan”. Mereka berkeras mengatakan yang
penulis Injil diilhamkan oleh Tuhan semasa menulis, dan supaya tidak
berlaku kesalahan. Jika ini benar, bagaimana boleh mereka menjelaskan
percanggahan dikalangan pelbagai Injil akan banyak perkara? Contohnya
Matthew dan Luke memberikan dua salasilah Isa yang berbeza. (Lihat
Matthew: 1:1-17; dan Luke 3: 23-38). Hanya beberapa nama dalam dua
senarai itu sepadan!

Terdapat banyak lagi bukti dalaman dalam kitab Bible, yang
membuktikan yang kitab ini tidak terkawal dengan pasti daripada
penyelewengan. Tetapi bagi matlamat kita, saya harap maklumat tadi
sudah cukup. Sudah jelas, dari fakta di atas, al-Qur’an yang kita ada
kini, ialah teks yang sahih. Sedangkan dakwaan keaslian Bible
(kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru) adalah palsu.

Beralih daripada realiti sejarah kitab-kitab itu, terdapat banyak
maklumat mengenai kandungan al-Qur’an. Satu ujian utama terhadap
sesuatu kitab yang boleh dijadikan pengukur yang kitab itu kalam Tuhan
ialah ketekalan (consistency) kandungannya dan ketekalannya dengan
sains sepanjang masa. Dakwaan itu tidak boleh di buat atas Bible dengan
sains tetapi dakwaan itu boleh dibuat atas al-Qur’an dan benar.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau
kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat
pertentangan yang banyak di dalamnya.

 
Surah 4 Ayat 82

Terjemahan daripada: The authenticity of the Qur’an and the Bible

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1123996015712&pagename=IslamOnline-English-AAbout_Islam/AskAboutIslamE/AskAboutIslamE

Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

-al-ahkam.net-

Fatwa Berkenaan Rogol

November 24th, 2006 by capitt

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol

Soalan:

Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam?

Jawapan:

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki  naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan  atas seseorang yang melakukannya. 

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini. 

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu. 

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga  Allah merahmati ruh nya) berkata

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang  dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan  menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman  (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1125407868541&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Hukuman Untuk Perogol

Soalan:

Dalam Shari`ah, adakah terdapat hukuman tertentu untuk perogol?

Jawapan:

Menurut Islam, wanita yang dirogol  tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” Jadi, wanita yang dirogol  ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Menjawab soalan anda, kami ingin memetik untuk anda fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di  Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.

Terjemahan daripada: Punishment for Rapists

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122819225850&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol

Soalan:

Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.

Jawapan:

Pertamanya, perempuan  Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki.

Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.

Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan: (1)Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan (2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang. Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan.

Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri.

Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan:

“Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan  menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada  Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)”

Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544314&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah zulyusoff  http://zulyusoff.blogspot.com

-Al-ahkam.net-

Berdoa Kepada Rasul, Berdosakah?

November 23rd, 2006 by capitt

 

Soal
:

       Apakah mengucapkan kata-kata berikut ini termasuk syirik?
    "Ya Allah, berikanlah shalawat dan salam kepada Rasulullah. Sungguh sulit jalanku sekarang, wahai Rasulullah!"


  Jawab
:

  Al-Hamdulillah. Memang benar, bahawa kata-kata di atas tergolong dlm syirik, kerana itu termasuk meminta keselamatan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ucapan itu juga bermakna bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dapat mendengarkan panggilan dan pengaduan orang yang memanggilnya di manapun juga, bahkan menyelamatkan orang yang meminta keselamatan darinya, menghilangkan kesulitannya. Yang demikian itu tidak dapat dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam, kala masa hidup atau sesudah wafatnya beliau. Beliau juga tidak mengetahui yang ghaib, tidak memiliki kemampuan memberi manfaat atau mudharrat bagi diri beliau sendiri atau bagi orang lain, kecuali apa yang
    dikehendaki oleh Allah. Allah berfirman, menceritakan pernyataan beliau Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam:
 

"Katakanlah:"Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan
    tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah".Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya.."
(Yunus : 49)

 

Dan juga dalam firman-Nya:

 

"Dan Rabb-mu berkata: "Berdoalah kepada-Ku niscaya akan aku
    penuhi.."

 

Demikian juga dalam firman-Nya:

 

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwa sanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku.." (Al-Baqarah : 186)

 

Maka kewajiban seorang hamba adalah hanya berdoa kepada Allah semata, tidak meminta keselamatan kepada selain-Nya dan tidak juga mengharap-harap kepada selain-Nya; tidak bertawakkal melainkan hanya kepada-Nya semata. Ini kerana Allah yang memiliki kekuasaan dan kebaikan di tangan-Nya, yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Pengetahuan perkara-perkara ghaib, menghilangkan kesulitan, mendengar dan memenuhi doa seorang hamba adalah kekhususan-kekhususan yang dimiliki hanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala saja. Barangsiapa yang menjadikan salah satu dari semua itu untuk selain Allah, maka bererti dia telah berbuat kemusyrikan
    yang besar. Allah berfirman:

 

"Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati." (An-Naml : 62)

 

Demikian juga firman-Nya:

 

" Katakanlah:"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang
    mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.."
(An-Naml : 65)

 

Allah yang mengampuni dosa-dosa, menghilangkan kesulitan dan mengetahui apa yang ada dalam hati. Oleh sebab itu, seorang hamba dalam meminta ampunan, menghilangkan dosa, melenyapkan kesulitan dan berbagai hal lain yang hanya mampu dilakukan oleh Allah, dia tidak boleh memintanya selain kepada Allah semata. Hanya Allah yang memiliki kekuasaan untuk itu dan mampu melakukannya.


  Syeikh Abdurrahman Al-Barrak

-islamqa.com-
   

 

 

 
 

 
 
 
 
 
 
 

 

Allah Di atas Syurga

November 22nd, 2006 by capitt

Soal
:

       Apakah
Allah ada di atas surga ataukah di dalamnya ? Juga apakah keyakinan
bahwa Allah lebih besar daripada alam merupakan sebahagian dari aqidah ?


  Jawab
:

  Kami telah ajukan peryanyaan ini kepada Fadhilatusy Syaikh Abdurrahman Al-Baraak,
    lalu beliau menjawab sebagai berikut :
 

Segala puji bagi Allah Yang Tinggi dan Agung dan Maha Suci Allah Yang Agung,
    dan tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Dan
    shalawat dan salam tetap tercurah kepada Nabi kita Muhammad Shalallahu ‘Alaihi
    Wassalam kepada keluarga dan para sahabatnya. Adapun setelah itu, maka termasuk
    hal yang wajib diimani adalah bahwa Allah Ta’ala Maha Tinggi Yang Paling Tinggi,
    dan sesungguhnya Dia ber-istiwa’ di atas Arsy sebagaimana Dia sendiri telah
    mengkhabarkan hal itu di dalam kitab-Nya, maka Dia di atas segala sesuatu. Rasulullah
    Shalallahu ‘Alaihi Wassalam di dalam salah satu doanya berkata:

 

"Engkau adalah Adh Dhahir tidak ada sesuatupun di atas-Mu."

 

Demikian pula wajib beriman bahwa Dia Maha Tinggi dan Maha Besar, dan Dia
    lebih besar dari segala sesuatu, Diapun Maha Agung yang tidak ada yang lebih
    agung daripada-Nya. Dan di antara kesempurnaan keagungan-Nya dan kekuasaan-Nya,
    bahwa Dia mengambil langit dan bumi dengan kedua tangan-Nya pada hari kiamat,
    sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

 

"Dan tidaklah mereka mengagungkan Allah dengan sebenarnya, padahal
    bumi semuanya dipegang pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan
    kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka sekutukan."
   

   
    Maka wajib diketahui bahwa sesungguhnya Dia Yang Maha Tinggi dengan kesempurnaan
    ketinggian-Nya dan kesempurnaan keagungan-Nya tidak memungkinkan untuk menetap
    di sesuatupun dari makhluk-Nya. Maka tidak boleh dikatakan bahwa Allah Ta’ala
    berada di surga, tetapi Dia di atas Arsy yang merupakan atap Firdaus, sedangkan
    Firdaus adalah surga yang paling tinggi. Rasul Shalallahu ‘Alaihi Wassalam
    bersabda:

 

"Kalau kalian meminta surga kepada Allah, maka mintalah Firdaus,
    karena sesungguhnya dia adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah,
    dan atapnya adalah Arsy Allah Yang Rahman."

 

Tidak boleh bagi seorang muslim berfikir tentang dzat Allah atau membayangkan
    keagungan-Nya kerana akal manusia itu lemah untuk mengetahui hakikat dzat
    dan sifat Allah serta keadaan-Nya, sebagaimana perkataan Imam Malik ketika
    ditanya tentang keadaan istiwa’-nya Allah di atas Arsy: "Istiwa itu maklum
    (diketahui), adapun caranya majhul (Tidak diketahui), sedangkan beriman tentang
    hal itu (bahwa Allah istiwa-pent). Wajib, dan bertanya tentang hal itu adalah
    bid’ah."


  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

-islamqa.com-

   
 

Wudhu’ Cara Sunnah

November 20th, 2006 by capitt

Soal
:

       Amalan apakah yang dianjurkan ketika berwudhu’, dan apakah doa yang mesti diucapkan setelahnya?


  Jawab
:

  Alhamdulillah, tatacara wudhu’ menurut syariat adalah sebagai berikut: Menuangkan
    air dari bejana (gayung) untuk mencuci telapak tangan sebanyak tiga kali.
    Kemudian menyeduk air dengan tangan kanan lalu berkumur-kumur dan memasukkan
    air ke hidung dan mengeluarkannya sebanyak tiga kali. Kemudian membasuh wajah
    sebanyak tiga kali. Kemudian mencuci kedua tangan sampai siku sebanyak tiga
    kali. Kemudian mengusap kepala dan kedua telinga sekali usap. Kemudian mencuci
    kaki sampai mata kaki sebanyak tiga kali. Ia boleh membasuhnya sebanyak dua
    kali atau mencukupkan sekali basuhan saja. Setelah itu hendaknya ia berdoa:
 
 

"Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa
    syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu, Allahummaj ‘alni
    minat tawwabiin waj’alni minal mutathahhiriin."

 

Artinya: Saya bersaksi bahwa tiada ilaah yang berhak disembah dengan benar
    selain Allah semata tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya bersaksi bahwa Muhammad
    adalah hamba dan utusan-Nya. Yaa Allah jadikanlah hamba termasuk orang-orang
    yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

 

Fatawa Lajnah Daimah V/231.

 

Adapun sebelumnya hendaklah ia mengucapkan ‘bismillah’ berdasarkan
    hadits yang berbunyi:

 

"Tidak sempurna wudhu’ yang tidak dimulai dengan membaca asma Allah
    (bismillah)."

    H.R At-Tirmidzi No:56.


  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

   
 

Kriteria Hijab Wanita Muslimah

November 20th, 2006 by capitt

Soal
:

       Sebagai wanita muslimah, bagaimanakah seharusnya mereka berpakaian sehingga layak dikatakan sebagai wanita muslimah?


  Jawab
:

  Alhamdulillah, alim ulama telah menjelaskan kriteria hijab wanita muslimah
    terhadap laki-laki bukan mahram. Kriteria tersebut bersumber dari dalil-dalil
    Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia boleh memakai jenis pakaian apa saja dan boleh
    keluar ke tempat-tempat umum apabila telah memenuhi kriteria tersebut dan
    dianggap telah berpakaian secara islami. Kriteria itu sebagai berikut:
 

  1. Pakaian tersebut menutupi seluruh tubuh.
  2. Tebal dan tidak transparan.
  3. Lebar dan tidak sempit.
  4. Tidak berhias hingga menarik pandangan kaum lelaki.
  5. Tidak diberi wewangian.
  6. Bukan termasuk pakaian glamour.
  7. Tidak menyerupai pakaian kaum lelaki.
  8. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  9. Tidak terdapat gambar salib dan gambar makhluk-makhluk bernyawa padanya.

 
  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

-islamqa.com-

Hal Berkenaan Ghibah(Mengumpat)

November 11th, 2006 by capitt

Kita dilarang ghibah (mengumpat). Seperti firman Allah:

    “Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya.” (al-Hujurat: 12)

    Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini:

    "Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, iaitu: Kamu membincangkan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i)

    Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibincangkan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: "Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

    Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran. Sebab pengumpatan ini berarti melawan orang yang tidak berdaya.

    Ghibah disebut juga suatu ajakan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

    Oleh kerana itu tidak menghairankan, apabila al-Quran melukiskannya dalam bentuk tersendiri yang cukup dapat menggetarkan hati dan menumbuhkan perasaan. Firman Allah:

    “Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya; apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal mereka tidak menyukainya?!” (al-Hujurat: 12)

    Setiap manusia pasti tidak suka makan daging manusia. Maka bagaimana lagi kalau daging saudaranya? Dan bagaimana lagi kalau daging itu telah menjadi bangkai? Nabi memperoleh pelukisan al-Quran ini ke dalam fikiran dan mendasar di dalam hati setiap ada kesempatan untuk itu.

    Ibnu Mas’ud pernah berkata: "Kami pernah berada di tempat Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seorang laki-laki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang laki-laki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada laki-laki ini: Berselilitlah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus berselilit sedangkan saya tidak makan daging ? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu." (Riwayat Thabarani dan rawi-rawinya rawi-rawi Bukhari)

    Dan diriwayatkan pule oleh Jabir, ia berkata: "Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. kemudian menghembuslah angin berbau busuk. Lalu bertanyalah Nabi: Tahukah kamu angin apa ini? Ini adalah angin (bau) nya orang-orang yang mengumpat arang-orang mu’min." (Riwayat Ahmad dan rawi-rawinya kepercayaan)

  Batas Perkenaan Ghibah

    Seluruh nas ini menunjukkan kesucian kehormatan pribadi manusia dalam Islam. Akan tetapi ada beberapa hal yang oleh ulama-ulama Islam dikecualikan, tidak termasuk ghibah yang diharamkan. Tetapi hanya berlaku di saat darurat.

    Diantara yang dikecualikan, iaitu seorang yang dianiaya melaporkan halnya orang yang menganiaya, kemudian dia menyebutkan kejahatan yang dilakukannya. Dalam hal ini Islam memberikan rukhshah untuk mengadukannya. Firman Allah:

    “Allah tidak suka kepada perkataan jelek yang diperdengarkan, kecuali (dari) orang yang teraniaya, dan adalah Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (an-Nisa’: 148)

    Kadang-kadang ada seseorang bertanya tentang pribadi orang lain kerana ada maksud mengadakan hubungan dagang, atau akan mengawinkan anak gadisnya atau untuk menyerahkan suatu urusan yang sangat penting kepadanya.

    Di sini ada suatu kontradiksi antara suatu keharusan untuk mengikhlaskan diri kepada agama, dan kewajiban melindungi kehormatan orang yang tidak di hadapannya. Akan tetapi kewajiban pertama justru lebih penting dan suci. Untuk itu kewajiban pertama harus didahulukan daripada kewajiban kedua.

    Dalam sebuah kisah dituturkan, bahawa Fatimah binti Qais pernah menyampaikan kepada Nabi tentang maksud dua orang yang akan meminangnya. Maka jawab Nabi kepadanya: "Sesungguhnya dia (yang pertama) sangat miskin tidak mempunyai wang, dan Nabi menerangkan tentang yang kedua, bahawa dia itu tidak mahu meletakkan tongkatnya dari pundaknya, yakni: dia sering memukul perempuan."

    Dan termasuk yang dikecualikan juga iaitu: kerana bertanya, minta tolong untuk mengubah suatu kemungkaran terhadap seseorang yang mempunyai nama, gelar atau sifat yang tidak baik tetapi dia hanya dikenal dengan nama-nama tersebut. Misalnya: A’raj (pincang), A’masy (rabun) dan anak si Anu.

    Termasuk yang dikecualikan juga, iaitu menerangkan cacatnya saksi dan rawi-rawi hadis [32].

    Definisi umum tentang bentuk-bentuk pengecualian ini ada dua:

        1. kerana ada suatu kepentingan.
        2. kerana suatu niat.

1) Kerana Suatu Kepentingan

    Jadi kalau tidak ada kepentingan yang mengharuskan membincangkan seorang yang tidak hadir dengan sesuatu yang tidak disukainya, maka tidak boleh memasuki daerah larangan ini. Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran, maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka. Dalam hal ini tidak boleh memakai takhshish (pengecualian) tersebut.

    Misalnya seorang yang sedang minta pendapat apabila memungkinkan untuk mengatakan: "bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berbuat begini dan begini," maka dia tidak boleh mengatakan: "bagaimana pendapatmu tentang si Anu bin si Anu."

    Semua ini dengan syarat tidak akan membincangkan sesuatu di luar apa yang ada. Kalau tidak, berarti suatu dosa dan haram.

  2)Kerana Suatu Niat

    Adanya suatu niat di balik ini semua, merupakan suatu pemisahan. Sebab pribadi manusia itu sendiri yang lebih mengetahui dorongan hatinya daripada orang lain. Maka niatlah yang dapat membezakan antara perbuatan zalim dan mengubati, antara minta pendapat dengan menyiar-nyiarkan, antara ghibah dengan mengoreksi dan antara nasihat dengan memasyhurkan. Sedang seorang mu’min, seperti dikatakan oleh suatu pendapat, adalah yang lebih berhak untuk melindungi dirinya daripada raja yang kejam dan kawan yang bakhil.

    Hukum Islam menetapkan, bahawa seorang pendengar adalah rekan pengumpat. Oleh kerana itu dia harus menolong saudaranya yang di umpat itu dan berkewajiban menjauhkannya. Seperti yang diungkapkan oleh hadis Rasulullah sa,w.: "Barangsiapa menjauhkan seseorang dari mengumpat diri saudaranya, maka adalah suatu kepastian dari Allah, bahawa Allah akan membebaskan dia dari Neraka." (Riwayat Ahmad dengan sanad hasan)

    "Barangsiapa menghalang-halangi seseorang dari mengumpat harga diri saudaranya, maka Allah akan menghalang-halangi dirinya dari api neraka, kelak di hari kiamat." (Riwayat Tarmizi dengan sanad hasan)

    Barangsiapa tidak mempunyai keinginan ini dan tidak mampu menghalang-halangi mulut-mulut yang suka menyerang kehormatan saudaranya itu, maka kewajiban yang paling minim, iaitu dia harus meninggalkan tempat tersebut dan membelokkan kaum tersebut, sehingga mereka masuk ke dalam perbincangan lain. Kalau tidak, maka yang tepat dia dapat dikategorikan dengan firman Allah:

    “Sesungguhnya kamu, kalau demikian adalah sama dengan mereka” (an-Nisa’: 140)

-Dipetik dari Halal dan Haram oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi-

Jangan Perkecilkan Agama - Peganglah Islam Secara Kaffah (Tulen & Menyeluruh)

November 7th, 2006 by capitt

Jangan Perkecilkan Agama – Peganglah Islam Secara Kaffah (Tulen & Menyeluruh)

Di kalangan umat Islam ada yang terkeliru dengan falsafah pembahagian agama kepada ajaran isi dan kulit. Berpegang dengan pembahagian ini, mereka kemudiannya mula menentukan manakah yang dikatakan isi dan yang manakah kulit mengikut kecenderungan nafsu mereka sendiri. Falsafah seumpama begitu popular di kalangan penganut tasawuf sesat yang mendefinisikan ‘ajaran isi’ sebagai ilmu hakikat yang hanya boleh dicapai oleh individu tertentu dari kalangan mereka, sedangkan ‘ajaran kulit’ pula mereka tafsirkannya sebagai ilmu syariat yang dipelajari oleh kebanyakan orang. Disebabkan falsafah ini, mereka memperlekehkan syariat Islam dan melihat para ulama syariat sebagai ‘ulama kulit’, manakala merekalah ‘ulama isi’ yang sebenar.

Kecelakaan falsafah ini tidak terhenti setakat memperlekehkan ajaran agama sahaja, malah ia akhirnya mengheret mereka sampai ke tahap melucutkan segala hukum taklif dengan dakwaan kononnya orang yang sibuk mempelajari ilmu hakikat atau yang telah mencapai maqam tertentu dalam hiraki ilmu tersebut, tidak lagi terikat dengan sebarang hokum hakam. Dengan perkataan lain, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat, puasa dan zakat, sebagaimana mereka juga boleh melakukan zina, minum arak, dan judi.

Kesan daripada falsafah dualisme (isi dan kulit) ini telah terbawa-bawa ke dalam pemikiran umat Islam hingga menyebabkan mereka memperkecilkan sebahagian daripada hukum hakam agama serta mengabaikan banyak sunnah Nabi S.A.W., tetapi dalam masa yang sama mereka menghidupkan pula banyak amalan yang tidak ada dalam sunnah.

Sikap memperlekehkan ajaran agama terutamanya dengan alasan ‘ini perkara kecil dan furu’ (cabang), tidak perlu nak bincang’ menyebabkan mereka tidak lagi sensitif terhadap segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka dan tidak lagi menegur kemungkaran walaupun dengan hati, sedangkan dengan hati itu adalah fardhu ‘ain yang jika diabaikan akan menafikan kewujudan iman dalam diri mereka. Akhirnya, dengan prestasi keimanan yang merudum ke tahap sifar, maka jati diri mereka juga hilang dan pegangan agama mereka juga terlucut.

Seterusnya bila ada pihak yang cuba menjelaskan kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, maka pihak yang menolak kebaikan dan mempertahankan keburukan akan berpaut kepada ‘hujah kedegilan (hujah emosi)’ sebagai senjata terakhir mereka, dengan berkata:

“itu perkara kecil sahaja, sekarang bukan masanya untuk berbincang perkara titik bengik seperti itu, tetapi masa untuk memikirkan perkara yang lebih besar, berkaitan pembangunan, perpaduan dan kasih sayang. Tak usahlah diganggu keharmonian hidup masyarakat dengan perkara remeh temeh seperti itu, masih ada banyak lagi perkara besar yang perlu diutamakan.”

Kata-kata seumpama ini dilihat bercanggah dengan prinsip beragama dalam Islam yang mana merangkumi seluruh aspek kehidupan, baik dari segi akidah, syariat, mahupun akhlak. Menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat tidak boleh dianggap sebagai mengganggu keharmonian hidup mereka. Ini kerana yang menimbulkan fitnah bukannya ajaran agama, tetapi kedegilan pihak yang mempertahankan kebatilan dalam kejahilan dan kesombongan tanpa hujjah syariat. Mereka segala menolak kebenaran walaupun setelah ditegakkan hujah kepada mereka. Orang-orang yang menerima Islam sebagai agamanya mestilah mematuhi segala ajarannya dalam segenap aspek, tanpa membeza dan memperkecilkan mana-mana bahagiannya. Allah subhanallahu ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (2: 208)

Umat islam dilarang daripada memperkecilkan mana-mana amalan yang telah dijelaskan oleh Islam sebagai baik, meskipun pada pandangan mereka amalan itu hanyalah perkara kecil sahaja. Dalam hal ini Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu memperkecilkan (nilai) perkara kebaikan itu sedikitpun, meskipun (dalam hal) bertemu saudara (seagama) ‘dengan wajah manis’.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 2626)

Sebagaimana umat Islam dilarang daripada memperkecilkan mana-mana perkara kebaikan, mereka juga dilarang daripada memperkecilkan mana-mana amalan yang telah dijelaskan oleh Islam sebagai perkara kejahatan. Allah subhanallahu wa ta’ala berfirman:

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu Dengan lidah kamu, dan memperkatakan Dengan mulut kamu akan sesuatu Yang kamu tidak mempunyai pengetahuan Yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara Yang besar dosanya.” (24: 15)

Dalam ayat ini, Allah Subhanallahu wa ta’ala menemplak sikap golongan yang memandang ringan terhadap kesalahan berbohong kerana kesalahan itu pada hakikatnya dinilai di sisi Allah subhanallahu wa ta’ala sebagai amat besar. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Bila aku larang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menjauhinya.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 6858)

Dalam hadis ini, Baginda S.A.W. menyuruh umatnya supaya menjauhi segala perkara yang dilarang olehnya tanpa membezakan sama ada ianya perkara kecil atau besar. Dalam hadis yang lain, Baginda S.A.W mengingatkan (maksudnya):

“Takutlah kamu akan (siksaan api) neraka walaupun kerana (dosa kesalahan sekadar) sekerat buah tamar.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 1317, 1351, & 3400)

Dalam hadis lain, Baginda S.A.W. pernah mengajar zikir sebelum tidur kepada para sahabat r.a. dengan lafaz (maksudnya):

“Ya Allah! Aku menyerahkan diriku kepada-Mu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan belakangku kepadaMu. Tiada tempat perlindungan dan penyelamat daripada (ancamanMu) kecuali kepadaMu. Aku beriman dengan Kitab yang telah Engkau turunkan dan juga dengan Nabi Engkau yang telah Engkau utuskan.” (Sahih al-Bukhari (bersama Fath al-Bari – Syarah Sahih Bukhari oleh ibn Hajar, 1:357, no.: 247)

Kemudiannya lafaz zikir ini telah dihafaz dan dibaca oleh al-Bara’ Ibn Hazib r.a., sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi S.A.W., kecuali perkataan (kalimah) ‘wa binabiyyika’ yang membawa maksud ‘dan juga dengan Nabi Engkau’ beliau tukarkan dengan kalimah ‘wa birasulika’ yang membawa maksud ‘dan juga dengan Rasul Engkau’. Mendengarkan bacaan al-Bara’ itu, Rasulullah S.A.W. pantas menegur serta melarang beliau daripada menukar perkataan tersebut. (Sahih al-Bukhari Bukhari (bersama Fath al-Bari – Syarah Sahih Bukhari oleh ibn Hajar, 1:357, no.: 247)

Jika ditakrifkan secara logic, apa yang dilakukan oleh al-Bara’ hanyalah perkara kecil, bahkan dari segi maknanya perkataan rasul Nampak lebih mulia dan lebih terhormat berbanding perkataan nabi kerana setiap yang menjadi Rasul adalah nabi sedangkan bukan semua yang menjadi nabi itu Rasul. Akan tetapi al-Bara’ akur dengan teguran Nabi S.A.W. dan langsung tidak mempertikaikannya sebagai perkara remeh temeh. Teguran dan larangan Baginda S.A.W. daripada menukar perkataan tersebut jelas menunjukkan bahawa mengekalkan perkataan asal adalah suatu ajaran agama yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau dalam hal penukaran satu kalimah daripada satu lafaz zikir pun diambil berat oleh Nabi S.A.W., maka dalam hal-hal yang berkaitan hokum halal dan haram atau sunnah dan bukan sunnah, tentulah Baginda lebih prihatin terhadapnya.

Umat Islam wajib menghayati seluruh ajaran agamanya kerana ajaran itu diturunkan oleh Allah Subhanallahu wa ta’ala bagi membina kehidupan mereka di atas muka bumi, supaya mereka mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Dalam konteks ini, Sheikh Muhammad Syaqrah berkata (maksudnya):

“Dan tidaklah tersembunyi dari pengetahuan orang berakal bahawa setiap suruhan dan larangan agama ini (Islam) mengandungi peranan yang berkesan dalam pembinaan insan, samaada ia dari jenis perkara sunat, harus, atau wajib, dan samaada ia dari jenis perkara makruh atau haram. Semua huku hakam ini adalah cabang-cabang keimanan (seperti) yang telah disabadakan oleh Nabi S.A.W. (maksudnya):

“Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih, yang paling baik ialah ungkapan La ilaha Illa Allah dan yang paling rendah ialah membuang perkara mudarat dari jalan, manakala sifat malu itu adalah sebahagian daripada iman.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 35)

Kekurangan satu cabang darinya bermakna kekurangan sebahagian daripada iman itu sendiri, manakala keiltizaman seorang muslim dengan satu cabang pula bermakna pertambahan pada keimanannya. Kerana iman itu akan bertambah dan berkurangan dengan (sebab) perkataan dan perbuatan, dan ia adalah mazhab (pendapat) majoriti umat ini. (Muhammad Ibrahim Syaqrah, Tanwir al-Afham, hal: 36-44, dalam ‘Ilm Usul al-Bida’, hal: 254)

Menyedari kepentingan menghayati seluruh ajaran Islam, maka para sahabat tidak memandang ringan terhadap sebarang perkara keagamaan meskipun perkara itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai perkara kecil. Bahkan kerana bimbang akan terlanjur melakukan perkara haram mereka mengambil langkah berwaspada dengan meninggalkan sebahagian daripada perkara harus (syubhat).

Dalam sebuah atsar yang sahih (Riwayat yang tsabit kepada sahabat) yang diriwayatkan oleh ad-Darimi, Abu Musa al-Asy’ari r.a. memberitahu Ibn Mas’ud r.a. bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah-halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W. dan juga para sahabat Baginda. Mendengar yang demikian itu, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya (maksudnya):

“Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para sahabat r.a. masih ramai, baju Baginda inipun belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab (maksudnya):

“Demi Allah wahai Abu ‘Abd Rahman! Tujuan kami hanya untuk kebaikan.”

Mendengar jawaban mereka itu, lalu Ibn Mas’ud berkata (maksudnya):

“Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya). Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkong mereka.” (Sahih al-Bukhari, no.: 3166) Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu.”

Menjelaskan kata-kata Ibn Mas’ud ini, ‘Amr Ibn Salamah (tabi’en yang thiqah – anak murid Ibn Mas’ud) berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan an-Nahrawan.” (Sunan ad-Darimi, lihat: Islah as-Sajid oleh al-Albani, hal: 11)

Peristiwa yang berlaku pada zaman sahabat ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama:

Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah (tokoh tambah yang sengaja dilakukan dalam agama (ibdat) yang tiada dalam sunnah mahupun Qur’an) yang menyalahi Sunnah Nabi S.A.W. dan para sahabat.

Kedua:

Kata-kata Ibn Mas’ud: “Berapa ramai orang yang betujuan baik tetapi tidak betul (caranya)\”, sebagai jawaban terhadap alasan yang mereka berikan, mengukuhkan lagi dasar penolakan Islam terhadap falsafah ‘tujuan menghalalkan cara’.

Ketiga:

Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah itu menyertai puak Khawarij untuk memrangi para sahabat menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya kea rah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.

Keempat:

Orang yang menegur dan menjelaskan perkara bid’ah tidak sekali-kali akan terpengaruh dengan pemikiran puak khawarij, sebaliknya orang yang mengamalkan bid’ah itulah sebenarnya yang akan terheret ke dalam pemikiran puak berkenaan.

Kelima:

Kepentingan menjaga keharmonian masyarakat tidak harus dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan terhadap sesuatu amalan bid’ah, asalkan penjelasan itu disampaikan melalui cara dan saluran yang betul.

Keenam:

Kekerdilan sesuatu perkara agama pada pandangan sesetengah pihak tidak harus dijadikan alasan untuk memandang remeh perkara tersebut.

Perkara bid’ad adalah antara perkara yang diberi perhatian serius oleh agama Islam. Nabi S.A.W. telah banyak memberi peringatan tegas kepada umatnya supaya menjauhi semua perkara tersebut dan peringatan Baginda itu tentulah mengandungi hikmah-hikmah yang tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja. Menjelaskan hikmah di sebalik peringatan Nabi S.A.W. ini, al-Hafiz Ibn Hajar berkata (maksudnya):

“Dan sebab (bagi) peringatan ini ialah (kerana) sesungguhnya (orang) yang mengadakan bid’ah itu kadangkala mengambil mudah dengannya kerana keremehan perkara itu pada peringkat awalnya, sedangkan dia tidak perasan kerosakan yang akan berlaku akibat darinya.” (Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 13: 302)

Dalam konteks ini juga, Imam al-Barbahari berkata (maksudnya):

“Dan awasilah perkara-perkara bid’ah kecil kerana ia akan berulang sehingga menjadi besar. Demikianlah setiap (amalan) bid’ah yang diada-adakan di kalangan umat ini, pada mulanya adalah kecil dan mirip kepada kebenaran sehingga orang yang memasukinya (melakukannya) tertipu dengannya. Kemudian dia tidak dapat keluar lagi darinya lalu ia membesar dan menjadi satu agama yang dianuti sehingga menyalahi jalan yang lurus yang akhirnya terkeluar dari ketulenan ajaran Islam yang sebenar.” (al-Barbahari, syarah as-Sunnah, dalam ‘Ilm Usul al-Bida’, hal: 247)

Justeru bagi memantapkan jati diri, umat Islam tiada pilihan selain berpegang teguh dengan ajaran Islam secara keseluruhannya dan pada masa yang sama tidak memperkecilkan mana-mana ajaran tersebut. Jika diandaikan memang ada dalam Islam perkara isi dan kulit, maka hal itu tidak boleh dilihat sebagai mengurangkan nilai kepentingan perkara kulit berbanding perkara isi.

Jika hal ini hendak dibandingkan dengan buah-buahan, maka fungsi kulit perlu dilihat sama pentingnya dengan isi. Allah subhanallahu wa ta’ala tidak sekali-kali menjadikan kulit buah-buahan sia-sia tanpa faedah, sebaliknya Dia menjadikannya bagi tujuan yang sangat penting untuk menjaga keelokan isi daripada rosak dan binasa. Tanpa kulit yang teguh, mantap dan sihat, nescaya isi akan menjadi buruk lagi busuk. Bahkan, ada banyak jenis buah-buahan seperti buah zaitun, anggur, jambu, pear, epal, belimbing dan strawberi yang kelazatannya terhasil bila dimakan dengan kulitnya sekaligus. Maka, di manakah letaknya kelogikan dan relevannya falsafah yang membezakan kepentingan isi dan kulit itu?

Demikianlah juga kalau hal ini hendak dianalogikan dengan jenis kulit yang lain, seperti kulit badan manusia, binatang dan seumpamanya. Jika Allah subhanallahu ta’ala menjadikan fungsi semua jenis kulit begitu penting, maka demikianlah juga kedudukan perkara syariat yang ‘dianggap’ sebagai kulit mesti juga dilihat sebagai sangat penting. Allah subhanallahu wa ta’ala telah mensyariatkan segala ajaran Islam untuk menjaga pegangan agama penganutnya daripada terhakis dan terpesong. Tanpa amalan syariat, nescaya pegangan agama akan menjadi rapuh, lemah tak bermaya dan akhirnya hancur binasa.

Brother Nawawi…
+60126887715
http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM
http://www.geocitie s.com/nawie83

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)

"Masuklah Islam Secara Kaffah" (al-Baqarah (2): 208), Dakwah perlu dilakukan pada setiap sudut dan dari setiap penjuru yang ada. Fokus perlu diperkuatkan kepada setiap bahagian yang mengalami kerosakan atau bermasaalah. Tidak kiralah masalah (kerosakan) itu besar atau pun kecil. "Janganlah kamu memperkecilkan perkara kebaikan itu sedikit pun, meskipun dalam hal bertemu saudara (seagama) dengan wajah yang manis."(Sahih Muslim, 2626)

-Petikan dari al-fikrah@yahoogroups.com-