Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Non-Muslim


Soalan :

Bolehkah memberi daging korban kepada orang bukan islam ?

Jawapan :

Syeikh Ibn Uthaimin berkata :

"Harus seseorang memberi kepada orang kafir sebahagian daripada daging korbannya sebagai sedekah dengan syarat orang kafir itu bukan daripada orang yang memerangi orang islam, jika orang kafir itu dari kalangan yang memerangi orang islam, maka tidak diberi kepada mereka sesuatupun berdasarkan firman Allah swt :

لا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ

Maksudnya : [8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

[9] Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahinah : 8-9)

——–

http://www.islamqa.com/index.php?ref=36376&ln=ara

-al-qayyim.net-


Leave a Reply