Haji atau Nikah?


Soal:

Saya cenderung utk menunaikan haji di Baitullah, menziarahi kubur Rasulullah Selawat. Saya mempunyai duit yg mencukupi samada hanya utk haji atau nikah. Apakah yg patut saya buat?

Jawab:

Menunaikan haji adalah wajib bagi mereka yg berkeupayaan tanpa khilaf,
adapun berkahwin itu juga boleh jadi wajib sekiranya dia berkemampuan
dan takut terjerumus dalam maksiat jika tidak berkahwin, ia juga boleh
jadi sunat utk selain dari keadaan yg disebut tadi. Sekiranya berkahwin
tidak wajib maka dia wajib menunaikan haji dahulu kerana wajib itu
mendahului yg tidak wajib. Jika dia dalam keadaan yg mewajibkan
berkahwin, maka dia wajib berkahwin dan kemudian menunaikan haji jika
mampu, kerana perkahwinan pada waktu itu adalah dharurat (kemestian)
dan haji pula tidak wajib kecuali selepas ia mencapai darurat (wajib).

Berkata Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar:-

Tidak syak lagi bahawa haji itu adalah suatu fardu bagi mereka yg
berkemampuan, wajib utk menyegerakannya dan haram melambatkannya
sekiranya dia mendapat peluang utk pergi. Perkahwinan pula ada sesuatu
yg disyariatkan dan dianjurkan berdasarkan ayat-ayat Quran dan
hadith-hadith.

Kebanyakan fuqaha’ berkata: Ia boleh jadi wajib, boleh jadi sunat.
Ia jadi wajib jika dia mampu utk menyediakan nafkah dan mampu juga
memikul tanggungjawab serta takut terjerumus dalam maksiat jika dia
tidak berkahwin.

Dan saya pula berkata: Jika kahwin itu wajib maka dahulukan ia dari
haji kerana jika dia tidak berkahwin maka dia akan bermaksiat dan haji
pula menjadi wajib bg mereka yg berkemampuan dan ‘berkemampuan’ itu
pula adalah: adanya harta yg lebih dari keperluannya yg darurat (dalam
hal ini, keperluan darurat itu adalah kahwin).

Adapun jika kahwin baginya waktu itu adalah sunat, maka hendaklah
dia mendahulukan hajinya kerana hendaklah mendahulukan yg wajib dari yg
sunat.

Wallahu A'lam


Sumber:

http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=39987

-Al-ahkam.net-

Leave a Reply