Soalan :
Setiap rumah hendaklah dibacakan surah Al-Quran di dalamnya. Soalan saya, apakah yg perlu di lakukan dan bagaimana tunjuk ajar Rasulullah bagi mereka yang mendiami rumah baru (atau berpindah rumah) selain disuruh membacakan al-Quran di dalam rumah seperti hadis nabi s.a.w yang menuntut kita membaca Al-Quran dirumah dan bukannya dikuburan.
Terlalu banyak amaln-amalan yang tidak diketahui punca datangnya seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, memagar rumah dengan ayat-ayat tertentu dan lain-lain lagi dengan tujuan mengelakan gangguan dari makhluk halus dan sebagainya. Penjelasan amat diperlukan.
Jawapan :
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi orang yang berpindah ke rumah baru adalah seperti berikut :
1- Bersyukur kepada Allah swt kerana merezkikan kepadanya rumah baru. Ini kerana syukur itu adalah setinggi-tinggi kedudukan. Ibn al-Qayyim berkata : "Iman itu dua bahagian, bahagian syukur dan bahagian sabar." Apabila seseorang hamba bersyukur kepada ALlah swt, maka Allah akan memelihara kenikmatan tersebut. Firman ALlah swt :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya : "Dan ingatlah, tatkala tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih." (Ibrahim :7)
2- Membuat makanan dan menjemput orang ramai memakannya. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (8/206) menyebut : "Kenduri untuk rumah, sunat sepertimana kenduri-kenduri yang lain disebabkan berlakunya sesuatu keseronokan dan selamat daripada keburukan. Dinamakan Wakirah ( وَكِيرَة ), ia tidak di beratkan seperti diberatkan kenduri perkahwinan. Sebahagian ulama mazhab al-Syafie menyebut dua pendapat atas kewajipannya, kerana al-Imam al-Syafie selepas menyebut walimah-walimah berkata : "Antaranya adalah al-Wakirah… dan aku meliaht tidak ada rukhsah untuk meninggalkannya."
3- al-Imam Ibn al-Qayyim berkata di dalam al-Wabil al-Soyyib (155-156), Allah swt berfirman tentang kisah dua orang lelaki :
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً
Maksudnya : "Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kam memasuki kebunmu : "MA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAAH" (Sungguh atas kehendak Allah semua ini wujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu menganggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan." (al-Kahfi : 39)
Maka sepatutnya bagi sesiapa yang memasuki kebunnya atau rumahnya atau dia melihat hartanya, keluarganya apa yang menakjubkannya, untuk dia bersegera menyebut kalimah ini (مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ), maka dia tidak akan melihat padanya keburukan. Daripada Anas ra. Sabda Nabi saw :
مَا أَنعَمَ اللهُ عَلَى عَبدٍ نِعمَةً فِي أَهلٍ وَمَالٍ وَوَلَدٍ فَقَالَ : ( مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ ) ، فَيَرَى فِيهَا آفَةً دُونَ المَوتِ
Maksudnya : "Alangkah besarnya nikmat Allah kepada seorang hamba, terhadap nikmat keluarga, harta dan anak, lalu dia mengucapkan : ( مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ ), sekalipun dia melihat pada perkara tersebut ada musibah/wabak melainkan kematian." (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Awsath, disahihkan oleh Ibn al-Qayyim di dalam Syifa’ al-’Alil, dan didhoiefkan oleh al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhoiefah). Daripada Nabi saw juga :
أَنَّهُ كَانَ إِذَا رَأَى مَا يَسُرُّهُ قَالَ : الحَمدُ لِلَّهِ الذِي بِنِعمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Maksudnya : Adalah baginda, apabila melihat sesuatu yang menyenangkan baginda, baginda berkata : "Alhamdulillaah allazii bi ni’matihi tatimmus soolihaat." (Riwayat Ibn Majah. Berkata al-Nawawi : Isnadnya Jayyid (al-Azkar 399)). Tamat petikan.
4- Antara zikir yang dibaca khusus ketika memasuki rumah ialah :
Daripada jabir bin Abdillah, beliau mendengar Nabi saw bersabda :
إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيتَهٌ فَذَكَرَ اللهَ عِندَ دُخُولِهِ وَعِندَ طَعَامِهِ ، قَالَ الشََّيطَانُ : لَا مَبِيتَ لَكُم وَلَا عَشَاءَ ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَم يَذكُرِ اللهَ عِندَ دُخُولِهِ ، قَالَ الشَّيطَانُ : أَدرَكتُمُ المَبِيتَ ، وَإِذَا لَم يَذكُرِ اللهَ عِندَ طَعَامِهِ قَالَ : أَدرَكتُمُ المَبِيتَ وَالعَشَاءَ
Maksudnya : "Apabila masuk seorang lelaki ke dalam rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan. Berkata Syaitan : Tidak ada tempat bermalan dan makan malam untuk kamu semua (syaitan)". Dan jika seseorang itu masuk ke rumahnya dan dia tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya. Syaitan berkata : "Kamu semua (Syaitan) mendapat tempat untuk bermalam." Jika seseorang itu tidak pula menyebut nama Allah ketika hendak makan, berkata Syaitan : "Kamu semua (syaitan) memperolehi tempat bermalam dan makan malam." (Riwayat Muslim)
Bacaaan ini tidak dikhususkan untuk rumah yang baru, bahkan ia merangkumi bacaan yang perlu dibaca ketika memasuki semua rumah. Demikian juga disyariatkan untuk berlindung dengan Allah daripada al-’Ain dan al-Hasad dengan membaca :
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِن كُلِّ شَيطَانٍ وَهَامَّة ، وَمِن كُلِّ عَينٍ لَامَّةٍ
Maksudnya : "Aku berlindung kepada Allah untuk engkau dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan binatang yang berbisa dan dari ain (pandangan mata) yang menimpanya (yang akhirnya mengakibatkan sakit)." (Riwayat al-Bukhari)
5- Terdapat di dalam sunnah galakan membaca surah al-Baqarah terutamanya di dalam rumah. Daripada Abu Hurairah ra. bahawsanya Nabi saw bersabda :
لَا تَجعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيطَانَ يَنفِرُ مِنَ البَيتِ الذِي تُقرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ
Maksudnya : "Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." (Riwayat Muslim)
Syeikh Ibn Baz menyebut di dalam majmu’ Fatawanya : "Yang lebih zahir/nyata. wallahu a’lam, bahawasanya merangkumi dengan bacaan surah al-Baqarah itu setiap bacaan daripada radio atau dari tuan rumah, apa yang disebut oleh Nabi saw akan berlarinya syaitan daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah itu."
walahu a’lam. Abdul Kadir.
———-
www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17925.shtml
http://www.islam-qa.com/index.php?ref=77208&ln=ara
-al-qayyim.net-