Fatwa: Hukum Memakai Kanta Sentuh Berwarna
Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?
Jawab:
Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:
"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya utk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.
Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.
Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."
Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.
Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?
Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.
Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.
Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:
"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:
1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.
Allahu’alam.
-al-ahkam.net-
February 7th, 2007 at 12:48 am
ustaz, nak tanya..camner kalau kanta power/opthalmic yang berwarna?memulihkan penglihatan tapi memulihkan warna mata gak..cam ner tu?
1 lg..camner cara kita nak cakap kat orang yg suka pakai kanta warna kaler2 ni, selaLU alasan yng diberi sajer2 jer..so, any suggestion?
February 7th, 2007 at 6:22 am
salam..sy bkn ustaz..panggil dr. sudah la..hoho..
mcm ni..warna mata yg allah bagi pada manusia ni mmg dah elok sesuai dgn bangsa & warna kulit..andai kata warna mata asal tu ada kecacatan tak sesuai smpai memalukan orang tu & menghilangkan keyakinan diri die maka boleh la dia perelokkan (surgey/pakai kanta berwarna tu)..tp ini jarang & kebanyakan orang pakai kanta mata berwarna utk bertabarruj & meniru2 bangsa barat..sedangkan ada je contact lens yg sama dgn warna mata asal..andaikata mmg dah takda lansung kanta warna mata asal utk dipilih & tak wujud tp tetap memerlukannya memulihkan penglihatan..jadi terpulanglah kpd diri anda..
February 7th, 2007 at 8:07 am
jzkllah,oklah..tp dr. kalau kitter jumpa org yg suker pakai mata kaler2 ni, camner kiter nak cakap ek??dari segi medical point of view, wut is d significant complication?
February 7th, 2007 at 11:39 am
salam…
mmm… nk minta pendapat syafiq…
mak kate klu kite pki contack lens kene minta izin dr kedua ibubapa….
klu dh kawin kene minta izin dr suami…
ye ke???
February 7th, 2007 at 6:05 pm
cara mcm mana nak tegur tu kene tgk jenis org & keadaan..tp tegur biar dgn berhikmah & kata2 yg paling lemah lembut..yg penting jgn cepat menghukum..neutralkan pandangan kita terhadap dia..berbaik sangka & mungkin dia pakai sbb dia taktau..kena igt kita tegur tu utk trigger kesedaran dlm diri dia..yg mampu memberi hidayah hanya Allah azzawajalla..tegur sekadar mampu..agak2 dia rasa tak selesa kita berenti..jgn buatkan dia jauh dari kita..insyallah masa kesempatan lain mungkin ada chance & suasana yg lebih sesuai nak tegur lagi..
February 7th, 2007 at 6:11 pm
better tanya suami dulu..kut suami suke tgk isteri pakai spek ke..
February 7th, 2007 at 7:18 pm
good answer..jzkillah!!bagus soklan sofa tu..tapi saya perasan, sepanjang observation pd beberapa psgan terdekatla, selalunya girls bila dah kawin akan tuka pakai contact lens, tak tau ar..depends pada pasangan masing2 kot..cam syafiq ckp kat atas tu..
February 7th, 2007 at 8:18 pm
betul..depend on pasangan masing2..tp slalunye org laki ni tak kesah je..asalkan isteri nampak nice & cantik pandangan dia dah memadai..excessive sgt kosmetik pun tak menjamim apa2..
February 7th, 2007 at 11:50 pm
hehe.. ye le 2… thanx alot!!! =)