Archive for November, 2006

Fatwa Berkenaan Rogol

Friday, November 24th, 2006

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol

Soalan:

Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam?

Jawapan:

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki  naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan  atas seseorang yang melakukannya. 

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini. 

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu. 

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga  Allah merahmati ruh nya) berkata

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang  dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan  menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman  (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1125407868541&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Hukuman Untuk Perogol

Soalan:

Dalam Shari`ah, adakah terdapat hukuman tertentu untuk perogol?

Jawapan:

Menurut Islam, wanita yang dirogol  tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” Jadi, wanita yang dirogol  ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Menjawab soalan anda, kami ingin memetik untuk anda fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di  Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.

Terjemahan daripada: Punishment for Rapists

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122819225850&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol

Soalan:

Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.

Jawapan:

Pertamanya, perempuan  Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki.

Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.

Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan: (1)Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan (2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang. Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan.

Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri.

Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan:

“Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan  menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada  Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)”

Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544314&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah zulyusoff  http://zulyusoff.blogspot.com

-Al-ahkam.net-

Berdoa Kepada Rasul, Berdosakah?

Thursday, November 23rd, 2006

 

Soal
:

       Apakah mengucapkan kata-kata berikut ini termasuk syirik?
    "Ya Allah, berikanlah shalawat dan salam kepada Rasulullah. Sungguh sulit jalanku sekarang, wahai Rasulullah!"


  Jawab
:

  Al-Hamdulillah. Memang benar, bahawa kata-kata di atas tergolong dlm syirik, kerana itu termasuk meminta keselamatan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ucapan itu juga bermakna bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dapat mendengarkan panggilan dan pengaduan orang yang memanggilnya di manapun juga, bahkan menyelamatkan orang yang meminta keselamatan darinya, menghilangkan kesulitannya. Yang demikian itu tidak dapat dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam, kala masa hidup atau sesudah wafatnya beliau. Beliau juga tidak mengetahui yang ghaib, tidak memiliki kemampuan memberi manfaat atau mudharrat bagi diri beliau sendiri atau bagi orang lain, kecuali apa yang
    dikehendaki oleh Allah. Allah berfirman, menceritakan pernyataan beliau Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam:
 

"Katakanlah:"Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan
    tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah".Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya.."
(Yunus : 49)

 

Dan juga dalam firman-Nya:

 

"Dan Rabb-mu berkata: "Berdoalah kepada-Ku niscaya akan aku
    penuhi.."

 

Demikian juga dalam firman-Nya:

 

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwa sanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku.." (Al-Baqarah : 186)

 

Maka kewajiban seorang hamba adalah hanya berdoa kepada Allah semata, tidak meminta keselamatan kepada selain-Nya dan tidak juga mengharap-harap kepada selain-Nya; tidak bertawakkal melainkan hanya kepada-Nya semata. Ini kerana Allah yang memiliki kekuasaan dan kebaikan di tangan-Nya, yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Pengetahuan perkara-perkara ghaib, menghilangkan kesulitan, mendengar dan memenuhi doa seorang hamba adalah kekhususan-kekhususan yang dimiliki hanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala saja. Barangsiapa yang menjadikan salah satu dari semua itu untuk selain Allah, maka bererti dia telah berbuat kemusyrikan
    yang besar. Allah berfirman:

 

"Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati." (An-Naml : 62)

 

Demikian juga firman-Nya:

 

" Katakanlah:"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang
    mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.."
(An-Naml : 65)

 

Allah yang mengampuni dosa-dosa, menghilangkan kesulitan dan mengetahui apa yang ada dalam hati. Oleh sebab itu, seorang hamba dalam meminta ampunan, menghilangkan dosa, melenyapkan kesulitan dan berbagai hal lain yang hanya mampu dilakukan oleh Allah, dia tidak boleh memintanya selain kepada Allah semata. Hanya Allah yang memiliki kekuasaan untuk itu dan mampu melakukannya.


  Syeikh Abdurrahman Al-Barrak

-islamqa.com-
   

 

 

 
 

 
 
 
 
 
 
 

 

Allah Di atas Syurga

Wednesday, November 22nd, 2006

Soal
:

       Apakah
Allah ada di atas surga ataukah di dalamnya ? Juga apakah keyakinan
bahwa Allah lebih besar daripada alam merupakan sebahagian dari aqidah ?


  Jawab
:

  Kami telah ajukan peryanyaan ini kepada Fadhilatusy Syaikh Abdurrahman Al-Baraak,
    lalu beliau menjawab sebagai berikut :
 

Segala puji bagi Allah Yang Tinggi dan Agung dan Maha Suci Allah Yang Agung,
    dan tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Dan
    shalawat dan salam tetap tercurah kepada Nabi kita Muhammad Shalallahu ‘Alaihi
    Wassalam kepada keluarga dan para sahabatnya. Adapun setelah itu, maka termasuk
    hal yang wajib diimani adalah bahwa Allah Ta’ala Maha Tinggi Yang Paling Tinggi,
    dan sesungguhnya Dia ber-istiwa’ di atas Arsy sebagaimana Dia sendiri telah
    mengkhabarkan hal itu di dalam kitab-Nya, maka Dia di atas segala sesuatu. Rasulullah
    Shalallahu ‘Alaihi Wassalam di dalam salah satu doanya berkata:

 

"Engkau adalah Adh Dhahir tidak ada sesuatupun di atas-Mu."

 

Demikian pula wajib beriman bahwa Dia Maha Tinggi dan Maha Besar, dan Dia
    lebih besar dari segala sesuatu, Diapun Maha Agung yang tidak ada yang lebih
    agung daripada-Nya. Dan di antara kesempurnaan keagungan-Nya dan kekuasaan-Nya,
    bahwa Dia mengambil langit dan bumi dengan kedua tangan-Nya pada hari kiamat,
    sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

 

"Dan tidaklah mereka mengagungkan Allah dengan sebenarnya, padahal
    bumi semuanya dipegang pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan
    kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka sekutukan."
   

   
    Maka wajib diketahui bahwa sesungguhnya Dia Yang Maha Tinggi dengan kesempurnaan
    ketinggian-Nya dan kesempurnaan keagungan-Nya tidak memungkinkan untuk menetap
    di sesuatupun dari makhluk-Nya. Maka tidak boleh dikatakan bahwa Allah Ta’ala
    berada di surga, tetapi Dia di atas Arsy yang merupakan atap Firdaus, sedangkan
    Firdaus adalah surga yang paling tinggi. Rasul Shalallahu ‘Alaihi Wassalam
    bersabda:

 

"Kalau kalian meminta surga kepada Allah, maka mintalah Firdaus,
    karena sesungguhnya dia adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah,
    dan atapnya adalah Arsy Allah Yang Rahman."

 

Tidak boleh bagi seorang muslim berfikir tentang dzat Allah atau membayangkan
    keagungan-Nya kerana akal manusia itu lemah untuk mengetahui hakikat dzat
    dan sifat Allah serta keadaan-Nya, sebagaimana perkataan Imam Malik ketika
    ditanya tentang keadaan istiwa’-nya Allah di atas Arsy: "Istiwa itu maklum
    (diketahui), adapun caranya majhul (Tidak diketahui), sedangkan beriman tentang
    hal itu (bahwa Allah istiwa-pent). Wajib, dan bertanya tentang hal itu adalah
    bid’ah."


  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

-islamqa.com-

   
 

Wudhu’ Cara Sunnah

Monday, November 20th, 2006

Soal
:

       Amalan apakah yang dianjurkan ketika berwudhu’, dan apakah doa yang mesti diucapkan setelahnya?


  Jawab
:

  Alhamdulillah, tatacara wudhu’ menurut syariat adalah sebagai berikut: Menuangkan
    air dari bejana (gayung) untuk mencuci telapak tangan sebanyak tiga kali.
    Kemudian menyeduk air dengan tangan kanan lalu berkumur-kumur dan memasukkan
    air ke hidung dan mengeluarkannya sebanyak tiga kali. Kemudian membasuh wajah
    sebanyak tiga kali. Kemudian mencuci kedua tangan sampai siku sebanyak tiga
    kali. Kemudian mengusap kepala dan kedua telinga sekali usap. Kemudian mencuci
    kaki sampai mata kaki sebanyak tiga kali. Ia boleh membasuhnya sebanyak dua
    kali atau mencukupkan sekali basuhan saja. Setelah itu hendaknya ia berdoa:
 
 

"Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa
    syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu, Allahummaj ‘alni
    minat tawwabiin waj’alni minal mutathahhiriin."

 

Artinya: Saya bersaksi bahwa tiada ilaah yang berhak disembah dengan benar
    selain Allah semata tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya bersaksi bahwa Muhammad
    adalah hamba dan utusan-Nya. Yaa Allah jadikanlah hamba termasuk orang-orang
    yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

 

Fatawa Lajnah Daimah V/231.

 

Adapun sebelumnya hendaklah ia mengucapkan ‘bismillah’ berdasarkan
    hadits yang berbunyi:

 

"Tidak sempurna wudhu’ yang tidak dimulai dengan membaca asma Allah
    (bismillah)."

    H.R At-Tirmidzi No:56.


  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

   
 

Kriteria Hijab Wanita Muslimah

Monday, November 20th, 2006

Soal
:

       Sebagai wanita muslimah, bagaimanakah seharusnya mereka berpakaian sehingga layak dikatakan sebagai wanita muslimah?


  Jawab
:

  Alhamdulillah, alim ulama telah menjelaskan kriteria hijab wanita muslimah
    terhadap laki-laki bukan mahram. Kriteria tersebut bersumber dari dalil-dalil
    Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia boleh memakai jenis pakaian apa saja dan boleh
    keluar ke tempat-tempat umum apabila telah memenuhi kriteria tersebut dan
    dianggap telah berpakaian secara islami. Kriteria itu sebagai berikut:
 

  1. Pakaian tersebut menutupi seluruh tubuh.
  2. Tebal dan tidak transparan.
  3. Lebar dan tidak sempit.
  4. Tidak berhias hingga menarik pandangan kaum lelaki.
  5. Tidak diberi wewangian.
  6. Bukan termasuk pakaian glamour.
  7. Tidak menyerupai pakaian kaum lelaki.
  8. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  9. Tidak terdapat gambar salib dan gambar makhluk-makhluk bernyawa padanya.

 
  Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

-islamqa.com-

Hal Berkenaan Ghibah(Mengumpat)

Saturday, November 11th, 2006

Kita dilarang ghibah (mengumpat). Seperti firman Allah:

    “Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya.” (al-Hujurat: 12)

    Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini:

    "Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, iaitu: Kamu membincangkan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i)

    Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibincangkan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: "Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

    Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran. Sebab pengumpatan ini berarti melawan orang yang tidak berdaya.

    Ghibah disebut juga suatu ajakan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

    Oleh kerana itu tidak menghairankan, apabila al-Quran melukiskannya dalam bentuk tersendiri yang cukup dapat menggetarkan hati dan menumbuhkan perasaan. Firman Allah:

    “Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya; apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal mereka tidak menyukainya?!” (al-Hujurat: 12)

    Setiap manusia pasti tidak suka makan daging manusia. Maka bagaimana lagi kalau daging saudaranya? Dan bagaimana lagi kalau daging itu telah menjadi bangkai? Nabi memperoleh pelukisan al-Quran ini ke dalam fikiran dan mendasar di dalam hati setiap ada kesempatan untuk itu.

    Ibnu Mas’ud pernah berkata: "Kami pernah berada di tempat Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seorang laki-laki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang laki-laki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada laki-laki ini: Berselilitlah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus berselilit sedangkan saya tidak makan daging ? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu." (Riwayat Thabarani dan rawi-rawinya rawi-rawi Bukhari)

    Dan diriwayatkan pule oleh Jabir, ia berkata: "Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. kemudian menghembuslah angin berbau busuk. Lalu bertanyalah Nabi: Tahukah kamu angin apa ini? Ini adalah angin (bau) nya orang-orang yang mengumpat arang-orang mu’min." (Riwayat Ahmad dan rawi-rawinya kepercayaan)

  Batas Perkenaan Ghibah

    Seluruh nas ini menunjukkan kesucian kehormatan pribadi manusia dalam Islam. Akan tetapi ada beberapa hal yang oleh ulama-ulama Islam dikecualikan, tidak termasuk ghibah yang diharamkan. Tetapi hanya berlaku di saat darurat.

    Diantara yang dikecualikan, iaitu seorang yang dianiaya melaporkan halnya orang yang menganiaya, kemudian dia menyebutkan kejahatan yang dilakukannya. Dalam hal ini Islam memberikan rukhshah untuk mengadukannya. Firman Allah:

    “Allah tidak suka kepada perkataan jelek yang diperdengarkan, kecuali (dari) orang yang teraniaya, dan adalah Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (an-Nisa’: 148)

    Kadang-kadang ada seseorang bertanya tentang pribadi orang lain kerana ada maksud mengadakan hubungan dagang, atau akan mengawinkan anak gadisnya atau untuk menyerahkan suatu urusan yang sangat penting kepadanya.

    Di sini ada suatu kontradiksi antara suatu keharusan untuk mengikhlaskan diri kepada agama, dan kewajiban melindungi kehormatan orang yang tidak di hadapannya. Akan tetapi kewajiban pertama justru lebih penting dan suci. Untuk itu kewajiban pertama harus didahulukan daripada kewajiban kedua.

    Dalam sebuah kisah dituturkan, bahawa Fatimah binti Qais pernah menyampaikan kepada Nabi tentang maksud dua orang yang akan meminangnya. Maka jawab Nabi kepadanya: "Sesungguhnya dia (yang pertama) sangat miskin tidak mempunyai wang, dan Nabi menerangkan tentang yang kedua, bahawa dia itu tidak mahu meletakkan tongkatnya dari pundaknya, yakni: dia sering memukul perempuan."

    Dan termasuk yang dikecualikan juga iaitu: kerana bertanya, minta tolong untuk mengubah suatu kemungkaran terhadap seseorang yang mempunyai nama, gelar atau sifat yang tidak baik tetapi dia hanya dikenal dengan nama-nama tersebut. Misalnya: A’raj (pincang), A’masy (rabun) dan anak si Anu.

    Termasuk yang dikecualikan juga, iaitu menerangkan cacatnya saksi dan rawi-rawi hadis [32].

    Definisi umum tentang bentuk-bentuk pengecualian ini ada dua:

        1. kerana ada suatu kepentingan.
        2. kerana suatu niat.

1) Kerana Suatu Kepentingan

    Jadi kalau tidak ada kepentingan yang mengharuskan membincangkan seorang yang tidak hadir dengan sesuatu yang tidak disukainya, maka tidak boleh memasuki daerah larangan ini. Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran, maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka. Dalam hal ini tidak boleh memakai takhshish (pengecualian) tersebut.

    Misalnya seorang yang sedang minta pendapat apabila memungkinkan untuk mengatakan: "bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berbuat begini dan begini," maka dia tidak boleh mengatakan: "bagaimana pendapatmu tentang si Anu bin si Anu."

    Semua ini dengan syarat tidak akan membincangkan sesuatu di luar apa yang ada. Kalau tidak, berarti suatu dosa dan haram.

  2)Kerana Suatu Niat

    Adanya suatu niat di balik ini semua, merupakan suatu pemisahan. Sebab pribadi manusia itu sendiri yang lebih mengetahui dorongan hatinya daripada orang lain. Maka niatlah yang dapat membezakan antara perbuatan zalim dan mengubati, antara minta pendapat dengan menyiar-nyiarkan, antara ghibah dengan mengoreksi dan antara nasihat dengan memasyhurkan. Sedang seorang mu’min, seperti dikatakan oleh suatu pendapat, adalah yang lebih berhak untuk melindungi dirinya daripada raja yang kejam dan kawan yang bakhil.

    Hukum Islam menetapkan, bahawa seorang pendengar adalah rekan pengumpat. Oleh kerana itu dia harus menolong saudaranya yang di umpat itu dan berkewajiban menjauhkannya. Seperti yang diungkapkan oleh hadis Rasulullah sa,w.: "Barangsiapa menjauhkan seseorang dari mengumpat diri saudaranya, maka adalah suatu kepastian dari Allah, bahawa Allah akan membebaskan dia dari Neraka." (Riwayat Ahmad dengan sanad hasan)

    "Barangsiapa menghalang-halangi seseorang dari mengumpat harga diri saudaranya, maka Allah akan menghalang-halangi dirinya dari api neraka, kelak di hari kiamat." (Riwayat Tarmizi dengan sanad hasan)

    Barangsiapa tidak mempunyai keinginan ini dan tidak mampu menghalang-halangi mulut-mulut yang suka menyerang kehormatan saudaranya itu, maka kewajiban yang paling minim, iaitu dia harus meninggalkan tempat tersebut dan membelokkan kaum tersebut, sehingga mereka masuk ke dalam perbincangan lain. Kalau tidak, maka yang tepat dia dapat dikategorikan dengan firman Allah:

    “Sesungguhnya kamu, kalau demikian adalah sama dengan mereka” (an-Nisa’: 140)

-Dipetik dari Halal dan Haram oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi-

Jangan Perkecilkan Agama - Peganglah Islam Secara Kaffah (Tulen & Menyeluruh)

Tuesday, November 7th, 2006

Jangan Perkecilkan Agama – Peganglah Islam Secara Kaffah (Tulen & Menyeluruh)

Di kalangan umat Islam ada yang terkeliru dengan falsafah pembahagian agama kepada ajaran isi dan kulit. Berpegang dengan pembahagian ini, mereka kemudiannya mula menentukan manakah yang dikatakan isi dan yang manakah kulit mengikut kecenderungan nafsu mereka sendiri. Falsafah seumpama begitu popular di kalangan penganut tasawuf sesat yang mendefinisikan ‘ajaran isi’ sebagai ilmu hakikat yang hanya boleh dicapai oleh individu tertentu dari kalangan mereka, sedangkan ‘ajaran kulit’ pula mereka tafsirkannya sebagai ilmu syariat yang dipelajari oleh kebanyakan orang. Disebabkan falsafah ini, mereka memperlekehkan syariat Islam dan melihat para ulama syariat sebagai ‘ulama kulit’, manakala merekalah ‘ulama isi’ yang sebenar.

Kecelakaan falsafah ini tidak terhenti setakat memperlekehkan ajaran agama sahaja, malah ia akhirnya mengheret mereka sampai ke tahap melucutkan segala hukum taklif dengan dakwaan kononnya orang yang sibuk mempelajari ilmu hakikat atau yang telah mencapai maqam tertentu dalam hiraki ilmu tersebut, tidak lagi terikat dengan sebarang hokum hakam. Dengan perkataan lain, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat, puasa dan zakat, sebagaimana mereka juga boleh melakukan zina, minum arak, dan judi.

Kesan daripada falsafah dualisme (isi dan kulit) ini telah terbawa-bawa ke dalam pemikiran umat Islam hingga menyebabkan mereka memperkecilkan sebahagian daripada hukum hakam agama serta mengabaikan banyak sunnah Nabi S.A.W., tetapi dalam masa yang sama mereka menghidupkan pula banyak amalan yang tidak ada dalam sunnah.

Sikap memperlekehkan ajaran agama terutamanya dengan alasan ‘ini perkara kecil dan furu’ (cabang), tidak perlu nak bincang’ menyebabkan mereka tidak lagi sensitif terhadap segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka dan tidak lagi menegur kemungkaran walaupun dengan hati, sedangkan dengan hati itu adalah fardhu ‘ain yang jika diabaikan akan menafikan kewujudan iman dalam diri mereka. Akhirnya, dengan prestasi keimanan yang merudum ke tahap sifar, maka jati diri mereka juga hilang dan pegangan agama mereka juga terlucut.

Seterusnya bila ada pihak yang cuba menjelaskan kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, maka pihak yang menolak kebaikan dan mempertahankan keburukan akan berpaut kepada ‘hujah kedegilan (hujah emosi)’ sebagai senjata terakhir mereka, dengan berkata:

“itu perkara kecil sahaja, sekarang bukan masanya untuk berbincang perkara titik bengik seperti itu, tetapi masa untuk memikirkan perkara yang lebih besar, berkaitan pembangunan, perpaduan dan kasih sayang. Tak usahlah diganggu keharmonian hidup masyarakat dengan perkara remeh temeh seperti itu, masih ada banyak lagi perkara besar yang perlu diutamakan.”

Kata-kata seumpama ini dilihat bercanggah dengan prinsip beragama dalam Islam yang mana merangkumi seluruh aspek kehidupan, baik dari segi akidah, syariat, mahupun akhlak. Menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat tidak boleh dianggap sebagai mengganggu keharmonian hidup mereka. Ini kerana yang menimbulkan fitnah bukannya ajaran agama, tetapi kedegilan pihak yang mempertahankan kebatilan dalam kejahilan dan kesombongan tanpa hujjah syariat. Mereka segala menolak kebenaran walaupun setelah ditegakkan hujah kepada mereka. Orang-orang yang menerima Islam sebagai agamanya mestilah mematuhi segala ajarannya dalam segenap aspek, tanpa membeza dan memperkecilkan mana-mana bahagiannya. Allah subhanallahu ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (2: 208)

Umat islam dilarang daripada memperkecilkan mana-mana amalan yang telah dijelaskan oleh Islam sebagai baik, meskipun pada pandangan mereka amalan itu hanyalah perkara kecil sahaja. Dalam hal ini Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu memperkecilkan (nilai) perkara kebaikan itu sedikitpun, meskipun (dalam hal) bertemu saudara (seagama) ‘dengan wajah manis’.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 2626)

Sebagaimana umat Islam dilarang daripada memperkecilkan mana-mana perkara kebaikan, mereka juga dilarang daripada memperkecilkan mana-mana amalan yang telah dijelaskan oleh Islam sebagai perkara kejahatan. Allah subhanallahu wa ta’ala berfirman:

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu Dengan lidah kamu, dan memperkatakan Dengan mulut kamu akan sesuatu Yang kamu tidak mempunyai pengetahuan Yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara Yang besar dosanya.” (24: 15)

Dalam ayat ini, Allah Subhanallahu wa ta’ala menemplak sikap golongan yang memandang ringan terhadap kesalahan berbohong kerana kesalahan itu pada hakikatnya dinilai di sisi Allah subhanallahu wa ta’ala sebagai amat besar. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Bila aku larang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menjauhinya.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 6858)

Dalam hadis ini, Baginda S.A.W. menyuruh umatnya supaya menjauhi segala perkara yang dilarang olehnya tanpa membezakan sama ada ianya perkara kecil atau besar. Dalam hadis yang lain, Baginda S.A.W mengingatkan (maksudnya):

“Takutlah kamu akan (siksaan api) neraka walaupun kerana (dosa kesalahan sekadar) sekerat buah tamar.” (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 1317, 1351, & 3400)

Dalam hadis lain, Baginda S.A.W. pernah mengajar zikir sebelum tidur kepada para sahabat r.a. dengan lafaz (maksudnya):

“Ya Allah! Aku menyerahkan diriku kepada-Mu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan belakangku kepadaMu. Tiada tempat perlindungan dan penyelamat daripada (ancamanMu) kecuali kepadaMu. Aku beriman dengan Kitab yang telah Engkau turunkan dan juga dengan Nabi Engkau yang telah Engkau utuskan.” (Sahih al-Bukhari (bersama Fath al-Bari – Syarah Sahih Bukhari oleh ibn Hajar, 1:357, no.: 247)

Kemudiannya lafaz zikir ini telah dihafaz dan dibaca oleh al-Bara’ Ibn Hazib r.a., sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi S.A.W., kecuali perkataan (kalimah) ‘wa binabiyyika’ yang membawa maksud ‘dan juga dengan Nabi Engkau’ beliau tukarkan dengan kalimah ‘wa birasulika’ yang membawa maksud ‘dan juga dengan Rasul Engkau’. Mendengarkan bacaan al-Bara’ itu, Rasulullah S.A.W. pantas menegur serta melarang beliau daripada menukar perkataan tersebut. (Sahih al-Bukhari Bukhari (bersama Fath al-Bari – Syarah Sahih Bukhari oleh ibn Hajar, 1:357, no.: 247)

Jika ditakrifkan secara logic, apa yang dilakukan oleh al-Bara’ hanyalah perkara kecil, bahkan dari segi maknanya perkataan rasul Nampak lebih mulia dan lebih terhormat berbanding perkataan nabi kerana setiap yang menjadi Rasul adalah nabi sedangkan bukan semua yang menjadi nabi itu Rasul. Akan tetapi al-Bara’ akur dengan teguran Nabi S.A.W. dan langsung tidak mempertikaikannya sebagai perkara remeh temeh. Teguran dan larangan Baginda S.A.W. daripada menukar perkataan tersebut jelas menunjukkan bahawa mengekalkan perkataan asal adalah suatu ajaran agama yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau dalam hal penukaran satu kalimah daripada satu lafaz zikir pun diambil berat oleh Nabi S.A.W., maka dalam hal-hal yang berkaitan hokum halal dan haram atau sunnah dan bukan sunnah, tentulah Baginda lebih prihatin terhadapnya.

Umat Islam wajib menghayati seluruh ajaran agamanya kerana ajaran itu diturunkan oleh Allah Subhanallahu wa ta’ala bagi membina kehidupan mereka di atas muka bumi, supaya mereka mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Dalam konteks ini, Sheikh Muhammad Syaqrah berkata (maksudnya):

“Dan tidaklah tersembunyi dari pengetahuan orang berakal bahawa setiap suruhan dan larangan agama ini (Islam) mengandungi peranan yang berkesan dalam pembinaan insan, samaada ia dari jenis perkara sunat, harus, atau wajib, dan samaada ia dari jenis perkara makruh atau haram. Semua huku hakam ini adalah cabang-cabang keimanan (seperti) yang telah disabadakan oleh Nabi S.A.W. (maksudnya):

“Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih, yang paling baik ialah ungkapan La ilaha Illa Allah dan yang paling rendah ialah membuang perkara mudarat dari jalan, manakala sifat malu itu adalah sebahagian daripada iman.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 35)

Kekurangan satu cabang darinya bermakna kekurangan sebahagian daripada iman itu sendiri, manakala keiltizaman seorang muslim dengan satu cabang pula bermakna pertambahan pada keimanannya. Kerana iman itu akan bertambah dan berkurangan dengan (sebab) perkataan dan perbuatan, dan ia adalah mazhab (pendapat) majoriti umat ini. (Muhammad Ibrahim Syaqrah, Tanwir al-Afham, hal: 36-44, dalam ‘Ilm Usul al-Bida’, hal: 254)

Menyedari kepentingan menghayati seluruh ajaran Islam, maka para sahabat tidak memandang ringan terhadap sebarang perkara keagamaan meskipun perkara itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai perkara kecil. Bahkan kerana bimbang akan terlanjur melakukan perkara haram mereka mengambil langkah berwaspada dengan meninggalkan sebahagian daripada perkara harus (syubhat).

Dalam sebuah atsar yang sahih (Riwayat yang tsabit kepada sahabat) yang diriwayatkan oleh ad-Darimi, Abu Musa al-Asy’ari r.a. memberitahu Ibn Mas’ud r.a. bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah-halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W. dan juga para sahabat Baginda. Mendengar yang demikian itu, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya (maksudnya):

“Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para sahabat r.a. masih ramai, baju Baginda inipun belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab (maksudnya):

“Demi Allah wahai Abu ‘Abd Rahman! Tujuan kami hanya untuk kebaikan.”

Mendengar jawaban mereka itu, lalu Ibn Mas’ud berkata (maksudnya):

“Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya). Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkong mereka.” (Sahih al-Bukhari, no.: 3166) Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu.”

Menjelaskan kata-kata Ibn Mas’ud ini, ‘Amr Ibn Salamah (tabi’en yang thiqah – anak murid Ibn Mas’ud) berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan an-Nahrawan.” (Sunan ad-Darimi, lihat: Islah as-Sajid oleh al-Albani, hal: 11)

Peristiwa yang berlaku pada zaman sahabat ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama:

Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah (tokoh tambah yang sengaja dilakukan dalam agama (ibdat) yang tiada dalam sunnah mahupun Qur’an) yang menyalahi Sunnah Nabi S.A.W. dan para sahabat.

Kedua:

Kata-kata Ibn Mas’ud: “Berapa ramai orang yang betujuan baik tetapi tidak betul (caranya)\”, sebagai jawaban terhadap alasan yang mereka berikan, mengukuhkan lagi dasar penolakan Islam terhadap falsafah ‘tujuan menghalalkan cara’.

Ketiga:

Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah itu menyertai puak Khawarij untuk memrangi para sahabat menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya kea rah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.

Keempat:

Orang yang menegur dan menjelaskan perkara bid’ah tidak sekali-kali akan terpengaruh dengan pemikiran puak khawarij, sebaliknya orang yang mengamalkan bid’ah itulah sebenarnya yang akan terheret ke dalam pemikiran puak berkenaan.

Kelima:

Kepentingan menjaga keharmonian masyarakat tidak harus dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan terhadap sesuatu amalan bid’ah, asalkan penjelasan itu disampaikan melalui cara dan saluran yang betul.

Keenam:

Kekerdilan sesuatu perkara agama pada pandangan sesetengah pihak tidak harus dijadikan alasan untuk memandang remeh perkara tersebut.

Perkara bid’ad adalah antara perkara yang diberi perhatian serius oleh agama Islam. Nabi S.A.W. telah banyak memberi peringatan tegas kepada umatnya supaya menjauhi semua perkara tersebut dan peringatan Baginda itu tentulah mengandungi hikmah-hikmah yang tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja. Menjelaskan hikmah di sebalik peringatan Nabi S.A.W. ini, al-Hafiz Ibn Hajar berkata (maksudnya):

“Dan sebab (bagi) peringatan ini ialah (kerana) sesungguhnya (orang) yang mengadakan bid’ah itu kadangkala mengambil mudah dengannya kerana keremehan perkara itu pada peringkat awalnya, sedangkan dia tidak perasan kerosakan yang akan berlaku akibat darinya.” (Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 13: 302)

Dalam konteks ini juga, Imam al-Barbahari berkata (maksudnya):

“Dan awasilah perkara-perkara bid’ah kecil kerana ia akan berulang sehingga menjadi besar. Demikianlah setiap (amalan) bid’ah yang diada-adakan di kalangan umat ini, pada mulanya adalah kecil dan mirip kepada kebenaran sehingga orang yang memasukinya (melakukannya) tertipu dengannya. Kemudian dia tidak dapat keluar lagi darinya lalu ia membesar dan menjadi satu agama yang dianuti sehingga menyalahi jalan yang lurus yang akhirnya terkeluar dari ketulenan ajaran Islam yang sebenar.” (al-Barbahari, syarah as-Sunnah, dalam ‘Ilm Usul al-Bida’, hal: 247)

Justeru bagi memantapkan jati diri, umat Islam tiada pilihan selain berpegang teguh dengan ajaran Islam secara keseluruhannya dan pada masa yang sama tidak memperkecilkan mana-mana ajaran tersebut. Jika diandaikan memang ada dalam Islam perkara isi dan kulit, maka hal itu tidak boleh dilihat sebagai mengurangkan nilai kepentingan perkara kulit berbanding perkara isi.

Jika hal ini hendak dibandingkan dengan buah-buahan, maka fungsi kulit perlu dilihat sama pentingnya dengan isi. Allah subhanallahu wa ta’ala tidak sekali-kali menjadikan kulit buah-buahan sia-sia tanpa faedah, sebaliknya Dia menjadikannya bagi tujuan yang sangat penting untuk menjaga keelokan isi daripada rosak dan binasa. Tanpa kulit yang teguh, mantap dan sihat, nescaya isi akan menjadi buruk lagi busuk. Bahkan, ada banyak jenis buah-buahan seperti buah zaitun, anggur, jambu, pear, epal, belimbing dan strawberi yang kelazatannya terhasil bila dimakan dengan kulitnya sekaligus. Maka, di manakah letaknya kelogikan dan relevannya falsafah yang membezakan kepentingan isi dan kulit itu?

Demikianlah juga kalau hal ini hendak dianalogikan dengan jenis kulit yang lain, seperti kulit badan manusia, binatang dan seumpamanya. Jika Allah subhanallahu ta’ala menjadikan fungsi semua jenis kulit begitu penting, maka demikianlah juga kedudukan perkara syariat yang ‘dianggap’ sebagai kulit mesti juga dilihat sebagai sangat penting. Allah subhanallahu wa ta’ala telah mensyariatkan segala ajaran Islam untuk menjaga pegangan agama penganutnya daripada terhakis dan terpesong. Tanpa amalan syariat, nescaya pegangan agama akan menjadi rapuh, lemah tak bermaya dan akhirnya hancur binasa.

Brother Nawawi…
+60126887715
http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM
http://www.geocitie s.com/nawie83

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)

"Masuklah Islam Secara Kaffah" (al-Baqarah (2): 208), Dakwah perlu dilakukan pada setiap sudut dan dari setiap penjuru yang ada. Fokus perlu diperkuatkan kepada setiap bahagian yang mengalami kerosakan atau bermasaalah. Tidak kiralah masalah (kerosakan) itu besar atau pun kecil. "Janganlah kamu memperkecilkan perkara kebaikan itu sedikit pun, meskipun dalam hal bertemu saudara (seagama) dengan wajah yang manis."(Sahih Muslim, 2626)

-Petikan dari al-fikrah@yahoogroups.com-

Nazar Membotakkan Kepala?

Sunday, November 5th, 2006

Soalan :

Saya ingin bertanya tentang nazar sesaorang yang tercapai apa yang di mintanya.Khusunya yang bernazar membotakkan kepala apabila mendapat anak lelaki dan ada juga yang bernazar  membotak kepala bila pasukkan bola sokongannya menang perlawanan. Ada kah nazar seperti ini di zaman Rasullulah s.a.w ?

 

Sekian

Jawapan :

Seseorang bernazar dengan perkara yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah swt, dari perkara-perkara sunat yang banyak seperti puasa dan seumpamanya. Mencukur kepala tidak termasuk perkara yang disunatkan disepanjang waktu, melainkan ia disunatkan dibeberapa tempat sahaja, antaranya :

1- Mencukur kepala bayi pada hari yang ketujuh berdasarkan dalil

كل غلام رهينة بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه ويسمّى فيه ويحلق رأسه

Maksudnya : "Setiap kanak-kanak itu adalah tebusan dengan akikahnya, disembelih untuknya (koban akikah) pada hari ketujuh (kelahirannya), dan diberi nama dan dicukur (kepalanya) pada hari tersebut (heri ketujuh)." (al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih Sunan ABi Daud)

2- Mencukur kepada ketika Haji dan Umrah, berdasarkan firman Allah :

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلاَ تَحْلِقُواْ رُؤُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

Maksudnya : "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. (al-Baqarah : 196)

3- Mencukur kepala bagi orang yang baru memeluk Islam, berdasarkan hadith :

اذهب فاغتسل بماء وسدر وألق عنك شعر الكفر

Maksudnya :"Pergi dan mandilah dengan air dan daun bidara, dan cukurlah rambut kamu."  (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam sahih sunan Abi Daud)

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mencukur rambut tampa sebab, sebahagian mereka memakruhkannya seperti pendapat imam Malik. Namun sebahagian yang lain mengharuskannya. Yang lebih utama ialah tidak mencukur rambut kepala tanpa sebab dan mencukur kepala tanpa sebab tidak termasuk di dalam perkara yang disunatkan. Bahkan seandainya seseorang itu mencukur kepala dengan tujuan untuk merendahkan diri, sepertimana sebahagian golongan sufiah yang mencukur rambut bertujuan merendahkan diri di hadapan syeikhnya adalah perbuatan yang boleh menjerumuskan dirinya ke daerah syirik.

Demikian juga jika mencukur rambut dengan beranggapan ianya adalah suatu yang disunatkan, maka ini adalah perbuatan bid’ah, ia termasuk daripada amalan golongan khawarij sepertimana hadith nabi saw yang menyebut :

سيماهم التحليق

Maksudnya : "Tanda mereka itu (golongan khawarij) mencukur kepala." (al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam sahih Ibn Majah)

Berbalik kepada soalan apakah nazar seperti yang ditanya berlaku pada zaman Nabi saw, maka jawapannya adalah tidak pernah berlaku di zaman Nabi saw.

wallahu a’lam. Abdul Kadir

http://saaid.net/Minute/47.htm   

-al-qayyim.net-

Tidak Ada Pembujangan Dalam Islam

Thursday, November 2nd, 2006

ISLAM berpendirian tidak ada pelepasan kendali gharizah seksual untuk dilepaskan tanpa batas dan tanpa ikatan. Untuk itulah maka diharamkannya zina dan seluruh yang membawa kepada perbuatan zina.

    Tetapi di balik itu Islam juga menentang setiap perasaan yang bertentangan dengan gharizah ini. Untuk itu maka dianjurkannya supaya kahwin dan melarang hidup membujang dan kebiri.

    Seorang muslim tidak halal menentang perkahwinan dengan anggapan, bahawa hidup membujang itu demi berbakti kepada Allah, padahal dia mampu kahwin; atau dengan alasan supaya dapat seratus persen mencurahkan hidupnya untuk beribadah dan memutuskan hubungan dengan duniawinya.

    Nabi memperhatikan, bahawa sebahagian sahabatnya ada yang kena pengaruh kependetaan ini (tidak mahu kahwin). Untuk itu maka beliau menerangkan, bahawa sikap semacam itu adalah menentang ajaran Islam dan menyimpang dari sunnah Nabi. Justru itu pula, fikiran-fikiran Kristian semacam ini harus diusir jauh-jauh dari masyarakat Islam.

    Abu Qilabah mengatakan: "Beberapa orang sahabat Nabi bermaksud akan menjauhkan diri dari duniawi dan meninggalkan perempuan (tidak kahwin dan tidak menggaulinya) serta akan hidup membujang. Maka berkata Rasulullah s.a.w, dengan nada marah lantas ia berkata: ‘Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu hancur lantaran keterlaluan, mereka memperketat terhadap diri-diri mereka, oleh kerana itu Allah memperketat juga, mereka itu akan tinggal di gereja dan kuil-kuil. Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan Dia, berhajilah, berumrahlah dan berlaku luruslah kamu, maka Allah pun akan meluruskan kepadamu.’"

    Kemudian turunlah ayat: “Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (al-Maidah: 87) — (Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Jarir dan al-Mundziri)

    Mujahid berkata: Ada beberapa orang laki-laki, di antaranya Usman bin Madh’un dan Abdullah bin Umar bermaksud untuk hidup membujang dan berkebiri serta memakai kain karung goni. Kemudian turunlah ayat di atas [Tafsir Ibn Jarir].

    "Ada satu golongan sahabat yang datang ke tempat Nabi untuk menanyakan kepada isteri-isterinya tentang ibadahnya. Setelah mereka diberitahu, seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit. Kemudian mereka berkata-kata satu sama lain: di mana kita dilihat dari pribadi Rasulullah s.a.w. sedang dia diampuni dosa-dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang? Salah seorang di antara mereka berkata: Saya akan puasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka. Yang kedua mengatakan: Saya akan bangun malam dan tidak tidur. Yang ketiga berkata: Saya akan menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan kahwin selama-lamanya. Maka setelah berita itu sampai kepada Nabi s.a.w. ia menjelaskan tentang kekeliruan dan tidak lurusnya jalan mereka, dan ia bersabda: ‘Saya adalah orang yang kenal Allah dan yang paling takut kepadaNya, namun tokh saya bangun malam, juga tidak, saya berpuasa, juga berbuka, dan saya juga kahwin dengan perempuan. Oleh kerana itu barangsiapa tidak suka kepada sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.’" (Riwayat Bukhari)

    Said bin Abu Waqqash berkata: "Rasulullah s.a.w. menentang Usman bin Madh’un tentang rencananya untuk membujang. Seandainya beliau mengizinkan, niscaya kamu akan berkebiri." (Riwayat Bukhari)

    Dan Rasulullah juga menyerukan kepada para pemuda keseluruhannya supaya kahwin, dengan sabdanya sebagai berikut: "Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah; kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan." (Riwayat Bukhari)

    Dari sini, sebahagian ulama ada yang berpendapat: bahawa kahwin itu wajib hukumnya bagi setiap muslim, tidak boleh ditinggalkan selama dia mampu.

    Sementara ada juga yang memberikan pembatasan –wajib hukumnya– bagi orang yang sudah ada keinginan untuk kahwin dan takut dirinya berbuat yang tidak baik.

    Setiap muslim tidak boleh menghalang-halangi dirinya supaya tidak kahwin kerana khuwatir tidak mendapat rezeki dan menanggung yang berat terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha dan bekerja serta mencari anugerah Allah yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang sudah kahwin itu demi menjaga kehormatan dirinya. Janji Allah itu dinyatakan dalam firmanNya sebagai berikut:

    “Kahwinkanlah anak-anak kamu (yang belum kahwin) dan orang-orang yang sudah patut kahwin dari hamba-hambamu yang laki-laki ataupun hamba-hambamu yang perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerahNya.” (an-Nur 32)

    Sabda Rasulullah s.a.w.: "Ada tiga golongan yang sudah pasti akan ditolong Allah, iaitu: (1) Orang yang kahwin dengan maksud untuk menjaga kehormatan diri; (2) seorang hamba mukatab [seorang hamba yg berjanji akan menebus dirinya supaya menjadi merdeka] yang berniat akan menunaikan; dan (3) seorang yang berperang di jalan Allah." (Riwayat Ahmad, Nasa’i, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

(Halal dan Haram Oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi)