Archive for September, 2006

Larangan Banyak Bersumpah

Saturday, September 30th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Dan jagalah sumpahmu …” (QS. Al Maidah, 89).

Abu Hurairah r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sumpah itu dapat melariskan barang dagangan namun dapat mengahapus keberkahan usaha." (HR. Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan dari Salman r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiga orang yang mereka itu tidak diajak bicara dan tidak disucikan oleh Allah (pada hari kiamat), dan mereka menerima adzab yang pedih, iaitu: orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, orang miskin yang sombong, dan orang yang menjadikan Allah sebagai barang dagangannya, ia tidak membeli atau menjual kecuali dengan bersumpah" (HR. Thabrani dengan sanad yang shaheh).

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhari dan Muslim dari Imran bin Husain r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya lagi" - Imran berkata: "Aku tidak ingat lagi apakah Rasulullah s.a.w. menyebutkan generasi setelah masa beliau dua kali atau tiga?" - "Kemudian akan ada setelah masa kalian orang-orang yang memberikan kesaksian sebelum ia diminta, mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar tapi tidak memenuhi nazarnya, dan badan mereka tampak gemuk gemuk".

Diriwayatkan pula dalam shaheh Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi yang datang berikutnya, kemudian generasi yang datang berikutnya lagi, kemudian akan datang orang-orang dimana diantara mereka kesaksianya mendahului sumpahnya, dan sumpahnya mendahului kesaksiannya".

Ibrahim (An Nakhoi) berkata: "Mereka memukuli kami kerana kesaksian atau sumpah (yang kami lakukan) ketika kami masih kecil".

Kandungan bab ini:

1-Adanya wasiat dari Allah untuk menjaga sumpah.

2-Penjelasan Rasulullah s.a.w. bahawa sumpah itu dapat melariskan barang dagangan, tapi ia juga dapat menghapus keberkahan usaha itu.

3-Ancaman berat bagi orang yang selalu bersumpah, baik ketika menjual atau membeli.

4-Peringatan bahawa dosa itu boleh menjadi besar walaupun faktor yang mendorong untuk melakukannya itu kecil [119] .

5-Larangan dan celaan bagi orang yang bersumpah tanpa diminta.

6-Pujian Rasulullah untuk ketiga generasi atau keempat generasi (sebagaimana tersebut dalam suatu hadis), dan memberitakan apa yang akan terjadi selanjutnya.

7-Larangan dan celaan bagi orang yang memberikan kesaksian tanpa diminta.

8-Orang-orang salaf (terdahulu) memukul anak anak kecil kerana memberikan kesaksian atau bersumpah[120].

_____________________________________

Catatan Kaki:

[119] Seperti orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, atau orang melarat yang congkak, semestinya mereka tidak melakukan perbuatan dosa ini, kerana faktor yang mendorong mereka untuk berbuat demikian adalah lemah atau kecil.

[120] Hal tersebut dilakukan oleh orang-orang salaf untuk mendidik anak anak agar tidak gampang bersaksi dan menyatakan sumpah, yang akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan; kalau sudah menjadi kebiasaan, dengan ringan ia akan bersaksi atau bersumpah sampai dalam masalah yang tidak patut baginya untuk bersumpah. Dan banyak bersumpah itu dilarang, kerana perbuatan ini menunjukkan suatu sikap meremehkan dan tidak mengagungkan nama Allah.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Ilmu Nujum (Anda Penggemar Horoskop?)

Saturday, September 30th, 2006

Imam Bukhori meriwayatkan dalam kitab shohihnya dari Qotadah r.a. bahawa ia berkata:

"Allah menciptakan bintang bintang ini untuk tiga hikmah: sebagai hiasan langit, sebagai alat pelempar syaitan, dan sebagai tanda untuk petunjuk (arah dan sebagainya). Maka barang siapa yang berpendapat selain hal tersebut maka ia telah melakukan kesalahan, dan menyianyiakan nasibnya, serta membebani dirinya dengan hal yang diluar batas pengetahuannya".

Sementara tentang mempelajari tata letak peredaran bulan, Qotadah mengatakan makruh, sedang Ibnu Uyainah tidak membolehkan, seperti yang diungkapkan oleh Harb dari mereka berdua. Tetapi Imam Ahmad memperbolehkan hal tersebut [69].

Abu Musa r.a. menuturkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiga orang yang tidak akan masuk syurga: pecandu khomr (minuman keras), orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan, dan orang yang mempercayai sihir
[70]". (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban dalam kitab shohihnya).

Kandungan bab ini:

1-Hikmah diciptakannya bintang-bintang.

2-Sanggahan terhadap orang yang mempunyai anggapan adanya fungsi lain selain tiga tersebut.

3-Adanya perbezaan pendapat dikalangan ulama tentang hukum mempelajari ilmu letak peredaran bulan.

4-Ancaman bagi orang yang mempercayai sihir (yang di antara jenisnya adalah ilmu perbintangan), meskipun ia mengetahui akan kebatilannya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[69] Maksudnya, memperlajari letak matahari, bulan dan bintang, untuk mengetahui arah kiblat, waktu shalat dan semisalnya, maka hal itu diperbolehkan.

[70] Mempercayai sihir yang di antara macamnya adalah ilmu nujum (astrologi), sebagaimana yang telah dinyatakan dalam suatu hadis : " barang siapa yang mempelajari sebahagian dari ilmu nujum, maka sesungguhnya dia telah mempelajari sebahagian dari ilmu sihir…"

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Dukun, Tukang Ramal & Sejenisnya

Thursday, September 28th, 2006

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shohehnya, dari salah seorang isteri Nabi s.a.w., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang mendatangi peramal dan menanyakan kepadanya tentang sesuatu perkara dan dia mempercayainya, maka sholatnya tidak diterima selama 40 hari".

Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang mendatangi seorang dukun, dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kafir (ingkar) terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR. Abu Daud).

Dan diriwayatkan oleh empat periwayat[66]   dan Al Hakim dengan menyatakan: "Hadis ini sahih menurut kriteria Imam Bukhori dan Muslim" dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang mendatangi peramal atau dukun, lalu mempercayai apa yang diucapkannya, maka sesunggunya ia telah kafir terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w.".

Abu Ya’la pun meriwayatkan hadis mauquf dari Ibnu Mas’ud seperti yang tersebut di atas, dengan sanad Jayyid.

Al Bazzar dengan sanad Jayyid meriwayatkan hadis marfu’ dari Imran bin Husain, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak termasuk golongan kami orang yang meminta dan melakukan Tathoyyur, meramal atau minta diramal, menyihir atau minta disihirkan, dan barang siapa yang mendatangi dukun lalu mempercayai apa yang diucapkannya, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w..

Hadis ini diriwayatkan pula oleh At Thabrani dalam Mu’jam Al Ausath dengan sanad hasan dari Ibnu Abbas tanpa menyebutkan kalimat: "dan barang siapa mendatangi …"dst.

Imam Al Baghowi[67] berkata: "Al Arraf (peramal) adalah orang yang mendakwahkan dirinya mengetahui banyak hal dengan menggunakan isyarat isyarat yang dipergunakan untuk mengetahui barang curian atau tempat barang yang hilang dan semacamnya. Ada pula yang mengatakan: ia adalah Al Kahin (dukun) iaitu: orang yang boleh memberitahukan tentang hal-hal yang ghoib yang akan terjadi dimasa yang akan datang. Dan ada pula yang mengatakan: ia adalah orang yang boleh memberitahukan tentang apa apa yang ada dihati seseorang".

Menurut Abul Abbas Ibnu Taimiyah: "Al Arraf adalah sebutan untuk dukun, ahli nujum, peramal nasib dan sejenisnya yang mendakwahkan dirinya boleh mengetahui hal hal ghaib dengan cara-cara tersebut."

Ibnu Abbas berkata tentang orang-orang yang menulis huruf huruf  sambil mencari rahasia huruf, dan memperhatikan bintang bintang: "Aku tidak tahu apakah orang yang melakukan hal itu akan memperoleh bahagian keuntungan di sisi Allah".

Kandungan bab ini:

1-Tidak dapat bertemu dalam diri seorang mukmin antara iman kepada Al Qur’an dengan percaya kepada tukang ramal, dukun dan sejenisnya.

2-Pernyataan Rasul s.a.w. bahawa mempercayai ucapan dukun adalah kufur.

3-Ancaman bagi orang yang minta diramalkan.

4-Ancaman bagi orang yang minta di tathoyyur kan.

5-Ancaman bagi orang yang minta disihirkan.

6-Ancaman bagi orang yang menulis huruf huruf  [untuk mencari pelamat rahasia].

7-Perbezaan antara Kahin dan Arraf, [bahawa kahin (dukun) ialah orang yang memberitahukan tentang perkara perkara yang akan terjadi di masa akan datang yang diperoleh dari syaitan penyadap berita di langit].

_____________________________________

Catatan Kaki:

[66] Yakni : Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasai’ dan Ibnu Majah.

[67] Abu Muhammad Al Husain bin Mas’ud bin Muhammad Al Farra’, atau Ibn Farra’ Al- Baghawi. Diberi gelar Muhyi - s - Sunnah. Kitab kitab yang disusunnya antara lain : syarh as sunnah, al jami’ baina ash shahihain. Lahir tahun 436 H (1044 M), dan meninggal tahun 510 H (1117 M).

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Hukum Sihir

Thursday, September 28th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, maka tidak akan mendapatkan bahagian (keuntungan) di akhirat” (QS. Al Baqarah, 102).

“Dan mereka beriman kepada Jibt dan Thoghut” (QS. An nisa’, 51).

Menurut penafsiran Umar bin Khothob r.a.: Jibt adalah sihir, sedangkan Thoghut adalah syaitan.

Sedangkan Jabir r.a. berkata: Thoghut adalah para tukang ramal yang didatangi syaitan; yang ada pada setiap kabilah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara yang membawa kehancuran !, para sahabat bertanya: "Apakah ketujuh perkara itu ya Rasulullah?", beliau menjawab: " iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan oleh agama, makan riba, makan harta anak yatim, membelot dari peperangan, menuduh zina terhadap wanita yang terjaga dirinya dari perbuatan dosa dan tidak memikirkan untuk melakukan dosa, dan beriman kepada Allah" (HR. Bukhori dan Muslim)

Diriwayatkan dari Jundub bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis marfu’:

"Hukuman bagi tukang sihir adalah dipenggal lehernya dengan pedang" (HR. Imam Turmudzi, dan ia berkata: pendapat yang benar ini perkataan sahabat).

Dalam shoheh Bukhori, dari Bajalah bin Abdah, ia berkata: "Umar bin Khothob telah mewajibkan untuk membunuh setiap tukang sihir, baik laki-laki mahupun perempuan, maka kami telah membunuh tiga tukang sihir."

Dan dalam shoheh Bukhori juga, Hafsah, ra. telah memerintahkan untuk membunuh hamba perempuannya yang telah menyihirnya, maka dibunuhlah ia, dan begitu juga riwayat yang shoheh dari Jundub.

Imam Ahmad berkata: "diriwayatkan dalam hadis shoheh, bahawa hukuman mati terhadap tukang sirhir ini telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi (Umar, Hafsah dan Jundub).

Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Baqarah[64].

2-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa’[65].

3-Penjelasan tentang makna Jibt dan Thoghut, serta perbezaan antara keduanya.

4-Thoghut itu kadang kadang dari jenis Jin, dan kadang kadang dari jenis manusia.

5-Mengetahui tujuh perkara yang boleh menyebabkan kehancuran, yang dilarang secara husus oleh Nabi.

6-Tukang sihir itu kafir.

7-Tukang sihir itu dihukum mati tanpa diminta taubat lebih dahulu.

8-Jika praktek sihir itu telah ada dikalangan kaum muslimin pada masa Umar, boleh dibayangkan bagaimana pada masa sesudahnya?.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[63] Al Mukhtar bin Abu Ubaid bin Mas’ud Ats Tsaqafi. Termasuk tokoh yang memberontak terhadap kekuasaan Bani Umayyah dan menonjolkan kecintaan kepada Ahlu bait. Mengaku bahawa ia adalah nabi dan menerima wahyu. Di bunuh oleh Mush’ab bin Az Zubair pada tahun 67 H. (687 M).

[64] Ayat pertama menunjukkan bahawa sihir haram hukumnya, dan pelakunya kafir, disamping mengandung ancaman berat bagi orang yang berpaling dari kitab Allah, dan mengamalkan amalan yang tidak bersumber darinya.

[65] Ayat kedua menunjukkan bahawa ada di antara umat ini yang beriman kepada sihir (Jibt), sebagaimana ahli kitab beriman kepadanya, kerana Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa akan ada di antara umat ini yang mengikuti (dan meniru) umat umat sebelumnya.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Larangan Beribadah Kepada Allah Disis Kubur Orang-Orang Saleh

Thursday, September 28th, 2006

Diriwayatkan dalam shoheh [Bukhori dan Muslim], dari Aisyah ra. bahawa Ummu Salamah ra. bercerita kepada Rasulullah s.a.w. tentang gereja yang ia lihat di negeri Habasyah (Ethiopia), yang didalamnya terdapat rupaka-rupaka (gambar-gambar), maka Rasulullah bersabda:

"Mereka itu, apabila ada orang yang soleh atau hamba yang soleh meninggal, mereka membangun diatas kuburnya sebuah tempat ibadah, dan mereka membuat di dalamnya rupaka-rupaka, dan mereka sejelek-jelek makhluk disisi Allah".

Mereka dihukumi beliau sebagai sejelek-jelek makhluk kerana mereka melakukan dua fitnah sekaligus; iaitu fitnah memuja kubur dengan membangun tempat ibadah diatasnya dan fitnah membuat rupaka rupaka (patung-patung).

Dalam riwayat Imam Bukhori dan Muslim, Aisyah juga berkata: ketika Rasulullah akan diambil nyawanya, beliaupun segera menutup mukanya dengan kain, dan ketika nafasnya terasa sesak maka dibukanya kembali kain itu. Ketika beliau dalam keadaan demikian itulah beliau bersabda:

"Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yahudi dan Nasrani, yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat peribadatan".

Beliau mengingatkan umatnya agar menjauhi perbuatan mereka, dan jika bukan kerana hal itu, Maka pasti kubur beliau akan ditampakkan, hanya saja beliau khuwatir kalau kuburnya nanti dijadikan tempat beribadah.

Imam Muslim meriwayatkan dari Jundub bin Abdullah, dimana ia pernah berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda lima hari sebelum beliau meninggal dunia:

"Sungguh, Aku menyatakan setia kepada Allah dengan menolak bahawa aku mempunyai seorang khalil (kekasih mulia) dari antara kalian, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan aku sebagai kekasihNya, sebagaimana Ia telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasihNya; seandainya aku menjadikan seorang kekasih dari umatku, maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai kekasihku. Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya umat-umat sebelum kalian telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat ibadah, dan ingatlah, janganlah kalian menjadikan kubur sebagai tempat beribadah, kerana aku benar-benar melarang kalian dari perbuatan itu".

Rasulullah s.a.w. di akhir hayatnya - sebagaimana dalam hadis Jundub - telah melarang umatnya untuk tidak menjadikan kubur sebagai tempat ibadah. Kemudian ketika dalam keadaan hendak diambil nyawanya - sebagaimana dalam hadis Aisyah - beliau melaknat orang yang malakukan perbuatan itu. dan sholat di sisinya termasuk pula dalam pengertian menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, walaupun tidak dijadikan bangunan masjid; dan inilah maksud dari kata-kata Aisyah ra.: "… dikhuwatirkan akan dijadikan sebagai tempat ibadah."

Dan para sahabat pun belum pernah membangun masjid (tempat ibadah) disekitar kubur beliau, kerana setiap tempat yang digunakan untuk sholat bererti telah dijadikan sebagai masjid, bahkan setiap tempat yang dipergunakan untuk sholat disebut masjid, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasul s.a.w.:

"Telah dijadikan bumi ini untukku sebagai masjid dan suci".

Dan Imam Ahmad meriwayatkan hadis marfu’ dengan sanad yang jayyid, dari Ibnu Mas’ud r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya, termasuk sejelek-jelek manusia adalah orang yang masih hidup saat hari kiamat tiba, dan orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah (masjid)" (HR. Abu Hatim dalam kitab shohehnya).

Kandungan bab ini:

1-Larangan membangun tempat beribadah (masjid) di sisi kubur orang-orang yang soleh, walupun niatnya baik.

2-Larangan keras adanya rupaka-rupaka (gambar / patung) dalam tempat ibadah.

3-Pelajaran penting yang dapat kita ambil dari sikap keras Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini, bagaimana beliau menjelaskan terlebih dahulu kepada para sahabat, bahawa orang yang membangun tempat ibadah di sekitar kubur orang soleh termasuk sejelek-jelek makhluk di hadapan Allah; kemudian, lima hari sebelum wafat, beliau mengeluarkan pernyataan yang melarang umatnya menjadikan kubur kubur sebagai tempat ibadah; terakhir, beberapa saat menjelang wafatnya, beliau masih merasa belum cukup dengan tindakan tindakan yang telah diambilnya, sehingga beliau melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan ini.

4-Rasulullah s.a.w. melarang pula perbuatan tersebut dilakukan di sisi kubur beliau, walaupun kubur beliau sendiri belum ada.

5-Menjadikan kubur nabi-nabi sebagai tempat ibadah merupakan tradisi orang-orang yahudi dan Nasrani.

6-Rasulullah melaknat mereka kerana perbuatan mereka sendiri.

7-Rasulullah melaknat mereka dengan tujuan memberikan peringatan kepada kita agar tidak berbuat hal yang sama terhadap kubur beliau.

8-Alasan tidak ditampakkannya kubur beliau kerana kekhuwatiran akan dijadikan sebagai tempat ibadah.

9-Pengertian "menjadikan kubur sebagai tempat ibadah" ialah [melakukan suatu ibadah, seperti: shalat di sisi kubur, meskipun tidak dibangun di atasnya sebuah tempat ibadah].

10-Rasulullah menggabungkan antara orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dengan orang yang masih hidup disaat kiamat tiba, dalam rangka memberikan peringatan pada umatnya tentang perbuatan yang menghantarkan kepada kemusyrikan sebelum terjadi, disamping mengingatkan pula bahawa akhir kehidupan dunia adalah bermaharajalelanya kemusyrikan.

11-Khutbah beliau yang disampaikan lima hari sebelum wafatnya mengandungi sanggahan terhadap dua kelompok yang kedua duanya termasuk sejelek-jelek ahli bid’ah, bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa keduanya di luar 72 golongan yang ada dalam umat Islam, iaitu Rafidloh[54] dan Jahmiyah[55]. Dan sebab orang-orang Rafidloh inilah kemusyrikan dan penyembahan kubur terjadi, dan mereka itulah orang pertama yang membangun tempat ibadah diatas kubur.

12-Rasulullah s.a.w. [adalah manusia biasa] merasakan beratnya sakaratul maut.

13-Beliau dimuliakan oleh Allah dengan dijadikan sebagai kekasih (kholil)[sebagaimana Nabi Ibrahim].

14-Pernyataan bahawa kholil itu lebih tinggi derjatnya dari pada habib (kekasih).

15-Pernyataan bahawa Abu Bakar r.a. adalah sahabat Nabi yang paling mulia.

16-Hal tersebut merupakan isyarat bahawa Abu Bakar akan menjadi Kholifah (sesudah beliau).

_____________________________________

Catatan Kaki:

[54] Rafidhah adalah salah satu sekte dalam aliran syi’ah. Mereka bersikap berlebih lebihan terhadap Ali bin Abi Tholib dan ahlul bait, dan mereka menyatakan permusuhan terhadap sebahagian besar sahabat Rasulullah, khususnya Abu Bakar dan Umar.

[55] Jahmiyah adalah aliran yang timbul pada akhir khilafah Bani Umayyah. Disebut demikian, kerana dinisbatkan pada nama tokoh mereka, iaitu Jahm bin Shofwan At Tirmidzi, yang terbunuh pada tahun 128 H. di antara pendapat aliran ini adalah menolak kebenaran adanya Asma’ dan Sifat Allah, kerana menurut anggapan mereka Asma dan Sifat adalah ciri khas makhluk, maka apabila diakui dan ditetapkan untuk Allah bererti menyerupakan Allah dengan makhlukNya.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Penyebab Utama Kekafiran Adalah Berlebih-Lebihan Dalam Mengagungkan Orang-orang Soleh

Tuesday, September 26th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Wahai orang-orang ahli kitab, janganlah kalian melampaui batas dalam agama kalian, dan janganlah kalian mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.” (QS. An nisa’, 171).

Dalam shoheh Bukhori ada satu riwayat dari Ibnu Abbas r.a. yang menjelaskan tentang firman Allah s.w.t.:

“Dan mereka (kaum Nabi Nuh) berkata: janganlah sekali kali kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan-tuhan kamu, dan janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq mahupun Nasr” (QS. Nuh, 23)

Beliau (Ibnu Abbas) mengatakan: "Ini adalah nama orang-orang soleh dari kaum Nabi Nuh, ketika mereka meniggal dunia, syaitan membisikan kepada kaum mereka agar membuat patung-patung mereka yang telah meninggal di tempat-tempat dimana disitu pernah diadakan pertemuan pertemuan mereka, dan mereka disuruh memberikan nama nama patung tersebut dengan nama-nama mereka, kemudian orang orang tersebut menerima bisikan syaitan, dan saat itu patung-patung yang mereka buat belum dijadikan sesembahan, baru setelah para pembuat patung itu meninggal, dan ilmu agama dilupakan, mulai saat itulah patung-patung tersebut mulai disembah".

Ibnul Qoyyim berkata[52]: "ramai para ulama salaf mengatakan: "setelah mereka itu meninggal, ramai orang-orang yang berbondong bondong mendatangi kubur mereka, lalu mereka membuat patung patung mereka, kemudian setelah waktu berjalan beberapa lama ahirnya patung patung tersebut dijadikan sesembahan".

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah: Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)" (HR. Bukhori dan Muslim).

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian" (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas r.a.)

Dan dalam shoheh Muslim, Ibnu Mas’ud r.a. berkata: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Binasalah orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan" (diulanginya ucapan itu tiga kali).

Kandungan dalam bab ini:

1-Orang yang memahami bab ini dan kedua bab setelahnya, akan jelas baginya keterasingan Islam; dan ia akan melihat betapa kuasanya Allah itu untuk merubah hati manusia.

2-Mengetahui bahawa awal munculnya kemusyrikan di muka bumi ini adalah kerana sikap berlebih-lebihan terhadap orang-orang soleh.

3-Mengetahui apa yang pertama kali diperbuat oleh orang-orang sehingga ajaran para Nabi menjadi berubah, dan apa faktor penyebabnya?, padahal mereka mengetahui bahawa para Nabi itu adalah utusan Allah.

4-Mengetahui sebab-sebab diterimanya bid’ah, padahal syari’ah dan fitrah manusia menolaknya.

5-Faktor yang menyebabkan terjadinya hal diatas adalah tercampur aduknya kebenaran dengan kebatilan; Adapun yang pertama ialah: rasa cinta kepada orang-orang soleh.

Sedang yang kedua ialah: tindakan yang dilakukan oleh orang orang ‘alim yang ahli dalam masalah agama, dengan maksud untuk suatu kebaikan, tetapi orang-orang yang hidup sesudah mereka menduga bahawa apa yang mereka maksudkan bukanlah hal itu.

6-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Nuh[53].

7-Mengetahui watak manusia bahawa kebenaran yang ada pada dirinya boleh berkurang, dan kebatilan malah boleh bertambah.

8-Bab ini mengandungi suatu bukti tentang kebenaran pernyataan ulama salaf bahawa bid’ah adalah penyebab kekafiran.

9-Syaitan mengetahui tentang dampak yang diakibatkan oleh bid’ah, walaupun maksud pelakunya baik.

10-Mengetahui kaedah umum, iaitu bahawa sikap berlebih lebihan dalam agama itu dilarang, dan mengetahui pula dampak negatifnya.

11- Bahaya dari perbuatan sering mendatangi kubur dengan niat untuk suatu amal shalih.

12-larangan adanya patung-patung, dan hikmah dibalik perintah menghancurkannya (iaitu: untuk menjaga kemurnian tauhid dan mengikis kemusyrikan).

13-Besarnya kedudukan kisah kaum nabi Nuh ini, dan manusia sangat memerlukan akan hal ini, walaupun ramai diantara mereka yang telah melupakannya.

14-Satu hal yang sangat menghairankan, bahawa mereka (para ahli bid’ah) telah membaca dan memahami kisah ini, baik melalui kitab-kitab tafsir mahupun hadis, tapi Allah menutup hati mereka, sehingga mereka mempunyai keyakinan bahawa apa yang dilakukan oleh kaumnya Nabi Nuh adalah amal ibadah yang paling utama, dan merekapun beranggapan bahawa apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya adalah kekafiran yang menghalalkan darah dan harta.

15-Dinyatakan bahawa mereka berlebih-lebihan terhadap orang- orang soleh itu tiada lain kerana mengharapkan syafaat mereka.

16Mereka menduga bahawa orang-orang berilmu yang membuat patung itu bermaksud demikian.

17-Pernyataan yang sangat penting yang termuat dalam sabda Nabi: "Janganlah kalian memujiku dengan berlebih lebihan, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam". Semoga sholawat dan salam senantiasa dilimpahkan Allah kepada beliau yang telah menyampaikan risalah dengan sebenar benarnya.

18-Ketulusan hati beliau kepada kita dengan memberikan nasihat bahawa orang-orang yang berlebih-lebihan itu akan binasa.

19-Pernyataan bahawa patung-patung itu tidak disembah kecuali setelah ilmu [agama] dilupakan, dengan demikian dapat diketahui nilai keberadaan ilmu ini dan bahayanya jika hilang.

20-Penyebab hilangnya ilmu agama adalah meninggalnya para ulama.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[52] Abu Abdillah : Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Sa’d Az Zur’I Ad Dimasqi, Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Seorang ulama besar dan tokoh gerakan da’wah Islamiyah; murid syekhul Islam Ibnu Taimiyah. Mempunyai banyak karya ilmiyah. Dilahirkan tahun 691 H (1292 M) dan meninggal tahun 751 H (1350 M).

[53] Ayat ini menunjukkan bahawa sikap yang berlebih lebihan dan melampaui batas terhadap orang orang soleh adalah yang menyebabkan terjadinya syirik dan tuntunan agama para Nabi ditinggalkan.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Rasulullah S.A.W Tidak Dapat Memberi Hidayah Kecuali Dengan Kehendak Allah

Tuesday, September 26th, 2006

irman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS. Al-qoshosh, 56)

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori, dari Ibnul Musayyab, bahawa bapanya berkata: "Ketika Abu Tholib akan meninggal dunia, maka datanglah Rasulullah s.a.w., dan pada saat itu Abdullah bin Abi Umayyah, dan Abu Jahal ada disisinya, lalu Rasulullah bersabda kepadanya:

"Wahai pamanku, ucapkanlah “la Ilaha Illallah” kalimat yang dapat aku jadikan bukti untukmu dihadapan Allah".

Tetapi Abdullah bin Abi Umayyah dan Abu Jahal berkata kepada Abu Tholib: "Apakah kamu membenci agama Abdul Muthollib?", kemudian Rasulullah mengulangi sabdanya lagi, dan mereka berduapun mengulangi kata-katanya pula. maka ucapan terahir yang dikatakan oleh Abu Tholib adalah: bahawa ia tetap masih berada pada agamanya Abdul Mutholib, dan dia menolak untuk mengucapkan kalimat la ilah illallah, kemudian Rasulullah bersabda: "sungguh akan aku mintakan ampun untukmu pada Allah, selama aku tidak dilarang", lalu Allah menurunkan firmanNya:

“Tidak layak bagi seorang Nabi serta orang-orang yang beriman memintakan ampunan (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik” (QS. Al bara’ah, 113).

Dan berkaitan dengan Abu Tholib, Allah menurunkan firmanNya:

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak sanggup memberikan hidayah) petunjuk) kepada orang-orang yang kamu cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya” (QS. Al Qoshosh, 57)

Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat 57 surah Al Qoshosh[49].

2-Penjelasan tentang ayat 113 surah Al Bara’ah[50].

3-Masalah yang sangat penting, iaitu penjelasan tentang sabda Nabi s.a.w.: "Ucapkanlah kalimat la ilaha illallah", berbeza dengan apa yang difahami oleh orang-orang yang mengaku dirinya berilmu[51].

4-Abu Jahal dan kawan-kawannya mengerti maksud Rasulullah ketika beliau masuk dan berkata kepada pamannya: "ucapkanlah kalimat la ilah illallah", oleh kerana itu, celakalah orang yang pemahamannya tentang asas utama Islam ini lebih rendah dari pada Abu Jahal.

5-Kesungguhan Rasulullah s.a.w. dalam berupaya untuk mengislamkan pamannya.

6-Bantahan terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa Abdul Mutholib dan leluhurnya itu beragama Islam.

7-Permintaan ampun Rasulullah untuk Abu Tholib tidak di kabulkan, ia tidak diampuni, bahkan beliau dilarang memintakan ampun untuknya.

8-Bahayanya Berkawan dengan orang-orang berfikiran dan berprilaku jahat.

9-Bahayanya mengagung-agungkan para leluhur dan orang-orang terkemuka.

10-"Nama besar" mereka inilah yang dijadikan oleh orang orang jahiliyah sebagai tolok ukur kebenaran yang mesti dianut.

11-Hadis di atas mengandungi bukti bahawa amal seseorang itu yang dianggap adalah di akhir hidupnya; sebab jika Abu Tholib mahu mengucapkan kalimat tauhid, maka pasti akan berguna bagi dirinya di hadapan Allah.

12-Perlu direnungkan, betapa beratnya hati orang-orang yang sesat itu untuk menerima tauhid, kerana dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran mereka; sebab dalam kisah di atas disebutkan bahawa mereka tidak menyerang Abu Tholib kecuali supaya menolak untuk mengucapkan kalimat tauhid, padahal Nabi s.a.w. sudah berusaha semaksimal mungkin, dan berulang kali memintanya untuk mengucapkannya. Dan kerana kalimat tauhid itu memiliki makna yang jelas dan konsekwensi yang besar, maka cukupah bagi mereka dengan menolak untuk mengucapkannya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[48] Bab ini merupakan bukti adanya kewajiban bertauhid kepada Allah. Kerana apabila Nabi Muhammad s.a.w. sebagai makhluk termulia dan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah, tidak dapat memberi hidayah kepada siapapun yang beliau inginkan, maka tidak ada sembahan yang haq melainkan Allah, yang bisa memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

[49] Ayat ini menunjukkan bahawa hidayah (petunjuk) untuk masuk Islam itu hanyalah di Tangan Allah saja, tidak ada seorangpun yang dapat menjadikan seseorang menapaki jalan yang lurus ini kecuali dengan kehendakNya; dan mengandung bantahan terhadap orang orang yang mempunyai kepercayaan bahawa para nabi dan wali itu dapat mendetangkan manfaat dan menolak madlarat, sehingga diminta untuk memberikan ampunan, menyelamatkan diri dari kesulitan, dan untuk kepentingan kepentingan lainnya.

[50] Ayat ini menunjukkan tentang haramnya memintakan ampun bagi orang orang musyrik; dan haram pula berwala’ (mencintai, memihak dan membela) kepada mereka.

[51] Penjelasannya ialah : diyakini dalam hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan apa yang menjadi konsekwensinya, iaitu : memurnikan ibadah hanya kepada Allah, dan membersihkan diri dari ibadah kepada selain Nya, seperti : malaikat, nabi, wali , kubur, batu, pohon, dan lain lain.

-Kitab Tauhid Muhmmad bin Abdul Wahhab-

Syafaat

Tuesday, September 26th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Dan berilah peringatan dengan apa yang telah diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dikumpulkan kepada Rabb mereka (pada hari kiamat), sedang mereka tidaklah mempunyai seorang pelindung dan pemberi syafaatpun selain Allah, agar mereka bertakwa” (QS. Al an’am, 51).

“Katakanlah (hai Muhammad): hanya milik Allah lah syafaat itu semuanya” (QS. Az zumar, 44).

“Tiada seorang pun yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa seizinNya” (QS. Al baqarah, 225).

“Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengiizinkan (untuk diberi syafaat) bagi sesiapa yang dikehendaki dan diridloiNya” (QS. An najm, 26).

“Katakanlah: "serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki kekuasaan seberat dzarrah (biji atum) pun di langit mahupun di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu andil apapun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sama sekali tidak ada di antara mereka menjadi pembantu bagiNya. Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, kecuali bagi orang yang telah diizinkaNya memperoleh syafaat itu …” (QS. Saba’, 22).

Abul Abbas[46] mengatakan: "Allah telah menyangkal segala hal yang menjadi tumpuan kaum musyrikin, selain diriNya sendiri, dengan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun selainNya yang memiliki kekuasaan, atau bahagiannya, atau menjadi pembantu Allah.

Adapun tentang syafa’at, maka telah ditegaskan oleh Allah bahawa syafaat ini tidak berguna kecuali bagi orang yang telah diizinkan untuk memperolehnya, sebagaimana firmanNya:

“Dan mereka tidak dapat memberi syafa’at, kecuali kepada orang yang diridlai Allah” (QS. Al Anbiya’, 28).

Syafa’at yang diperkirakan oleh orang-orang musyrik itu tidak akan ada pada hari kiamat, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al Qur’an.

Dan diberitakan oleh Nabi s.a.w.: "bahawa beliau pada hari kiamat akan bersujud kepada Allah dan menghaturkan segala pepujian kepadaNya, beliau tidak langsung memberi syafaat lebih dahulu, setelah itu baru dikatakan kepada beliau: "Angkatlah kepalamu, katakanlah niscaya ucapanmu pasti akan didengar, dan mintalah niscaya permintaanmu akan dikabulkan, dan berilah syafa’at niscaya syafa’atmu akan diterima".) HR. Bukhori dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. bertanya kepada beliau: "siapakah orang yang paling beruntung mendapatkan syafa’atmu?", Beliau menjawab: "iaitu orang yang mengucapkan la Ilaha Illallah dengan ihlas dari dalam hatinya". (HR. Bukhori dan Ahmad)

Syafa’at yang ditetapkan ini adalah syafaat untuk Ahlul Ikhlas Wattauhid (orang orang yang mentauhidkan Allah dengan ikhlas kerana Allah semata) dengan seizin Allah; bukan untuk orang yang menyekutukan Allah dengan yang lainNya.

Dan pada hakikatnya, bahawa hanya Allah lah yang melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang ikhlas tersebut, dengan memberikan ampunan kepada mereka, dengan sebab doanya orang yang telah diizinkan oleh Allah untuk memperoleh syafa’at, untuk memuliakan orang tersebut dan menempatkanya di tempat yang terpuji.

Jadi syafa’at yang ditiadakan oleh Al Qur’an adalah yang didalamnya terdapat kemusyrikan. Untuk itu Al Qur’an telah menetapkan dalam beberapa ayatnya bahawa syafaat itu hanya ada dengan izin Allah; Dan Nabi pun sudah menjelaskan bahawa syafaat itu hanya diperuntukan untuk orang-orang yang bertauhid dan ikhlas kerana Allah semata".

Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat ayat di atas [47].

2-Syafa’at yang dinafikan adalah syafa’at yang didalamnya terdapat unsur-unsur kemusyrikan.

3-Syafa’at yang ditetapkan adalah syafa’at untuk orang-orang yang bertauhid dengan ikhlas, dan dengan izin Allah.

4-Penjelasan tentang adanya syafa’at kubro, iaitu: Al Maqom Al Mahmud (kedudukan yang terpuji).

5-Cara yang dilakukan oleh Rasulullah ketika hendak mendapatkan syafaat, beliau tidak langsung memberi syafaat lebih dahulu, tapi dengan bersujud kepada Allah, menghaturkan segala pepujian kepadaNya. kemudian setelah diizinkan oleh Allah barulah beliau memberi syafaat.

6-Adanya pertanyaan: "siapakah orang yang paling beruntung mendapatkan syafa’at beliau?"

7-Syafa’at itu tidak diberikan kepada orang yang mensekutukan Allah.

8-Penjelasan tentang hakikat syafa’at yang sebenarnya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[45] Syafaat telah dijadikan dalil oleh kaum musyrikin dalam memohon kepada malaikat, nabi dan wali. Kata mereka : "Kami tidak memohon kepada mereka kecuali untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memberikan syafaat kepada kami di sisiNya", maka dalam bab ini diuraikan bahawa syafaat yang mereka harapkan itu adalah percuma, bahkan syirik ; dan syafaat hanyalah hak Allah semata, tiada yang dapat memberi syafaat kecuali dengan seizinNya bagi siapa yang mendapat ridhaNya.

[46] Taqiyuddin Abul Abbas ibnu Taimiyah : Ahmad bin Abdul Halim bin Abdus Salam bin Abdullah An Numairi Al Harrani Ad Dimasqi. Syaikhul Islam, dan tokoh yang gigih sekali dalam gerakan dakwah Islamiyah. Dilahirkan di Harran, tahun 661 H (1263 M) dan meninggal di Damaskus tahun 728 H (1328).

[47] Ayat pertama dan kedua menunjukkan bahawa syafaat seluruhnya adalah hak khusus bagi Allah.

Ayat ketiga menunjukkan bahawa syafaat itu tidak diberikan kepada seseorang, tanpa adanya izin ddari Allah.

Ayat keempat menunjukkan bahawa syafaat itu diberikan oleh orang yang diridloi Allah dengan izin dariNya. Dengan demikian syafaat itu adalah hak mutlak Allah, tidak dapat diminta kecuali dariNya; dan menunjukkan pula kebatilan syirik yang dilakukan oleh kaum musyrikin dengan mendekatkan diri kepada malaikat, nabi atau orang orang soleh, untuk meminta syafaat mereka.

Ayat kelima mengandung bantahan terhadap kaum musyrikin yang mereka itu menyeru selain Allah, seperti malaikat dan makhluk makhluk lainnya, kerana menganggap bahawa makhluk makhluk itu bisa mendatangkan manfaat dan menolak madlarat; dan menunjukkan bahawa syafaat tidak berguna bagi mereka, kerana syirik yang mereka lakukan, tetapi hanya berguna bagi orang yang mengamalkan tauhid, dan itupun dengan izin Allah.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Meminta Perlindungan Kepada Selain Allah Adalah Syirik

Monday, September 25th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Bahawa ada beberapa orang laki-laki dari manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, maka jin-jin itu hanya menambah dosa dan kesalahan” (QS. Al jin, 6).

Khaulah binti Hakim menuturkan: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia berdo’a:

(aku berlindung dengan kalam Allah yang maha sempurna dari kejahatan semua mahluk yang Ia ciptakan) maka tidak ada sesuatupun yang membahayakan dirinya sampai dia beranjak dari tempatnya itu" (HR. Muslim).

Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang maksud ayat yang ada dalam surah Al Jin[32].

2-Meminta perlindungan kepada selain Allah (jin) adalah syirik.

3-Hadis tersebut di atas, sebagaimana disimpulkan oleh para ulama, merupakan dalil bahawa kalam Allah itu bukan makhluk, kerana minta perlindungan kepada makhluk itu syirik.

4-Keutamaan doa ini walaupun sangat singkat.

5-Sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dunia, baik dengan menolak kejahatan atau mendatangkan keberuntungan tidak bererti sesuatu itu tidak termasuk syirik.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[32] Dalam ayat ini Allah s.w.t. memberitahukan bahawa ada di antara manusia yang meminta perlindungan kepada jin agar merasa aman dari apa yang mereka khuwatirkan, akan tetapi jin itu justru menambah dosa dan rasa khuwatir bagi mereka, kerana mereka tidak meminta perlindungan kepada Allah. Dengan demikian, ayat ini menunjukkan bahawa isti’adzah (meminta perlindungan) kepada selain Allah adalah termasuk syirik dan terlarang.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-

Bernazar Untuk Selain Daripada Allah adalah Syirik

Monday, September 25th, 2006

Firman Allah s.w.t.:

“Mereka menepati nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (QS. Al insan, 7)

“Dan apapun yang kalian nafkahkan, dan apapun yang kalian nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (QS. Al baqarah, 270).

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Siapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka ia wajib mentaatinya, dan barang siapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada Allah maka ia tidak boleh bermaksiat kepadaNya (dengan melaksanakan nazarnya itu). "

Kandungan bab ini:

1-Menunaikan nazar adalah wajib.

2-Apabila sudah menjadi ketetapan bahawa nazar itu ibadah kepada Allah, maka memalingkannya kepada selain Allah adalah syirik.

3-Dilarang melaksanakan nazar yang maksiat.

-Kitab Tauhid Muhammad bin Abdul Wahhab-