Jangan Sebar Aib Orang, Jangan Buka Aib Sendiri

January 29th, 2007 by capitt

Mari hari ini kita baca beberapa hadis, ia adalah ringkasan untuk dibuat pengajaran dari hadis-hadis di bawah ini ialah:

1) Jangan suka bukak aib orang. Siapa yang mengajar kita ‘forward’ gambar orang sedang melakukan maksiat? Macam-macam gambar. Orang yang tidak tahu jadi tahu. Esok lusa Allah akan buka aib kita akhirat.

2) Kalau dah buat maksiat tak perlulah jujur sangat beritahu orang. Membuka pekung di dada, itu bukan jujur namanya. Allah sudah menutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, jadi tak perlulah dibuka.

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)

Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).

Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)

Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775

-al-ahkam.net-

Haji atau Nikah?

January 22nd, 2007 by capitt


Soal:

Saya cenderung utk menunaikan haji di Baitullah, menziarahi kubur Rasulullah Selawat. Saya mempunyai duit yg mencukupi samada hanya utk haji atau nikah. Apakah yg patut saya buat?

Jawab:

Menunaikan haji adalah wajib bagi mereka yg berkeupayaan tanpa khilaf,
adapun berkahwin itu juga boleh jadi wajib sekiranya dia berkemampuan
dan takut terjerumus dalam maksiat jika tidak berkahwin, ia juga boleh
jadi sunat utk selain dari keadaan yg disebut tadi. Sekiranya berkahwin
tidak wajib maka dia wajib menunaikan haji dahulu kerana wajib itu
mendahului yg tidak wajib. Jika dia dalam keadaan yg mewajibkan
berkahwin, maka dia wajib berkahwin dan kemudian menunaikan haji jika
mampu, kerana perkahwinan pada waktu itu adalah dharurat (kemestian)
dan haji pula tidak wajib kecuali selepas ia mencapai darurat (wajib).

Berkata Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar:-

Tidak syak lagi bahawa haji itu adalah suatu fardu bagi mereka yg
berkemampuan, wajib utk menyegerakannya dan haram melambatkannya
sekiranya dia mendapat peluang utk pergi. Perkahwinan pula ada sesuatu
yg disyariatkan dan dianjurkan berdasarkan ayat-ayat Quran dan
hadith-hadith.

Kebanyakan fuqaha’ berkata: Ia boleh jadi wajib, boleh jadi sunat.
Ia jadi wajib jika dia mampu utk menyediakan nafkah dan mampu juga
memikul tanggungjawab serta takut terjerumus dalam maksiat jika dia
tidak berkahwin.

Dan saya pula berkata: Jika kahwin itu wajib maka dahulukan ia dari
haji kerana jika dia tidak berkahwin maka dia akan bermaksiat dan haji
pula menjadi wajib bg mereka yg berkemampuan dan ‘berkemampuan’ itu
pula adalah: adanya harta yg lebih dari keperluannya yg darurat (dalam
hal ini, keperluan darurat itu adalah kahwin).

Adapun jika kahwin baginya waktu itu adalah sunat, maka hendaklah
dia mendahulukan hajinya kerana hendaklah mendahulukan yg wajib dari yg
sunat.

Wallahu A'lam


Sumber:

http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=39987

-Al-ahkam.net-

Bulan Muharam - Elakkan Sebarang Kepercayaan Karut

January 20th, 2007 by capitt

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut
 

Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB
 
 
KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.
 
 
Kita
yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan
kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam
senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat
kelak.
 
Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang
bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak.
(Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh
meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima
ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah
s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8
dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalannya,” beliau berkata: Iaitu yang lebih
ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan
dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika
dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan
diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya
kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia
bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq:
Dr. Yusof al-Baqa’i (Beirut: al-Maktabah al-’Asriah, cet. ke-3, 2000),
hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam
bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk
mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan
itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan
ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada
hadis maudhu’ (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada
arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit
mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada
riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai
celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.”

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga
bersumberkan hadis maudhu’: “Sesiapa yang sembahyang padanya (hari
Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah
al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad),
maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.”

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat
menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun.
Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: “Sesiapa
yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang
penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.”

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada
ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan
rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah
bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian)
kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan
melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya
maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya
al-Maudhu’at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang
dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada
peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada
sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada
taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan
cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn
Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang
hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan
doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas,
sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar
al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu’ yang berkaitan
dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah
dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-’Izz al-Hanafi:
“Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun
pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan
upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain
pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan
mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai
celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu’ tentang bercelak
mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli
keluarga.”

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di
dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w.
yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda
s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru
di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah
s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Sumber: Utusan Online

-Al-Ahkam.net-

Kaedah Mencegah Kemungkaran (Kenyataan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)

January 11th, 2007 by capitt

Oleh : Saiful Nizar Abdul Rahim

Dipetik dari buku berjudul FIQAH DAULAH DALAM PERSEKTIF AL-QUR’AN &
SUNNAH
, yang diterbitkan oleh Pustaka Syuhada, KL,  mukasurat 201 di bawah
tajuk "Syarat-Syarat Merubah Kemungkaran"  yang kedua:

KEMUNGKARAN ITU MESTI NAMPAK.

… Kemungkaran ini mesti nampak dan terlihat. Tapi jika pelakunya
melakukannya secara sembunyi-sembunyi dengan menutup pintu rumah, maka tak
seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan
menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya.

Inilah yang disyaratkan lafaz "Melihat" dalam hadis : Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Barangsiapa di antara kalian MELIHAT suatu
kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu,
hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya,
namun yang demikian ini adalah selemah-lemahnya iman"  (riwayat Imam
Muslim).

Kemungkaran mesti dirubah jika dilihat dan disaksikan, bukan
kemungkaran yang didengar dari orang lain. Oleh kerana itu Islam tidak
menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara
sembunyi-sembunyi dan tidak menampakkannya. Perbuatan itu diserahkan kepada Allah
untuk dihisab di hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang
di dunia, sehingga dia melakukannya secara terang-terangan. Bahkan
hukum Allah lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan
menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang
disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud:

"Setiap umatku diberi ampunan kecuali orang-orang yang menampakkan
(dosanya)"

Tak seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap
kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Yang
paling pokok adalah kederhakaan hati seperti riyak, kemunafikan,
kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya, sekalipun agama menganggapnya
sebagai dosa besar, selagi tidak mendedahkan pada perbuatan yang nyata.
Sebab kita diperintahkan untuk menghakimi yang nampak. Adapun hal-hal
tersembunyi kita serahkan kepada Allah

Kejadian yang secara tepat mengenai sasaran masalah ini adalah yang
dialami oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a. sebagaimana yang
dikisahkan Al-Ghazali di dalam Al-Ihya’ tentang melaksanakan amar ma’ruf
nahi mungkar, bahawa suatu kali Umar memanjat tembok rumah seseorang,
sehingga dia boleh melihat keadaan yang tidak sewajarnya dia lihat. Dia
mengingkari perbuatan orang tersebut. Lalu pemilik rumah itu berkata.
"Wahai Amirul Mukminin, jika aku menderhakai Allah hanya dari satu sisi,
maka engkau telah menderhakai-Nya dari tiga sisi."

"Apa itu?" Tanya Umar.

Orang itu menjawab. "Allah telah berfirman, Dan janganlah kalian
mencari-cari kesalahan orang lain. ‘Sementara engkau telah mencari-cari
kesalahan. Allah telah berfirman. ‘Dan datangilah rumah-rumah dari pintunya.
"Sementara engkau memanjat atap. Allah telah berfirman. ‘Janganlah
kalian memasuki rumah-rumah selain rumah-rumah kalian hingga kalian meminta
izin dan menyampaikan salam kepada pemiliknya. ‘Sementara engkau tidak
menyampaikan salam."

Maka Umar bin Al-Khattab meninggalkan orang tersebut, namun tetap
mensyaratkan kepadanya untuk bertaubat.

-al-qayyim.net-

Amalan Berpindah Rumah

January 11th, 2007 by capitt

Soalan :

Setiap rumah hendaklah dibacakan surah Al-Quran di dalamnya. Soalan saya, apakah yg perlu di lakukan dan bagaimana tunjuk ajar Rasulullah bagi mereka yang mendiami rumah baru (atau berpindah rumah) selain disuruh membacakan al-Quran di dalam rumah seperti hadis nabi s.a.w yang menuntut kita membaca Al-Quran dirumah dan bukannya dikuburan.

Terlalu banyak amaln-amalan yang tidak diketahui punca datangnya seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, memagar rumah dengan ayat-ayat tertentu dan lain-lain lagi dengan tujuan mengelakan gangguan dari makhluk halus dan sebagainya. Penjelasan amat diperlukan.

Jawapan :

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi orang yang berpindah ke rumah baru adalah seperti berikut :

1- Bersyukur kepada Allah swt kerana merezkikan kepadanya rumah baru. Ini kerana syukur itu adalah setinggi-tinggi kedudukan. Ibn al-Qayyim berkata : "Iman itu dua bahagian, bahagian syukur dan bahagian sabar." Apabila seseorang hamba bersyukur kepada ALlah swt, maka Allah akan memelihara kenikmatan tersebut. Firman ALlah swt :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya : "Dan ingatlah, tatkala tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih." (Ibrahim :7)

2- Membuat makanan dan menjemput orang ramai memakannya. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (8/206) menyebut : "Kenduri untuk rumah, sunat sepertimana kenduri-kenduri yang lain disebabkan berlakunya sesuatu keseronokan dan selamat daripada keburukan. Dinamakan Wakirah ( وَكِيرَة ), ia tidak di beratkan seperti diberatkan kenduri perkahwinan. Sebahagian ulama mazhab al-Syafie menyebut dua pendapat atas kewajipannya, kerana al-Imam al-Syafie selepas menyebut walimah-walimah berkata : "Antaranya adalah al-Wakirah… dan aku meliaht tidak ada rukhsah untuk meninggalkannya."

3- al-Imam Ibn al-Qayyim berkata di dalam al-Wabil al-Soyyib (155-156), Allah swt berfirman tentang kisah dua orang lelaki :

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً

Maksudnya : "Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kam memasuki kebunmu : "MA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAAH" (Sungguh atas kehendak Allah semua ini wujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu menganggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan." (al-Kahfi : 39)

Maka sepatutnya bagi sesiapa yang memasuki kebunnya atau rumahnya atau dia melihat hartanya, keluarganya apa yang menakjubkannya, untuk dia bersegera menyebut kalimah ini (مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ), maka dia tidak akan melihat padanya keburukan. Daripada Anas ra. Sabda Nabi saw :

مَا أَنعَمَ اللهُ عَلَى عَبدٍ نِعمَةً فِي أَهلٍ وَمَالٍ وَوَلَدٍ فَقَالَ : ( مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ ) ، فَيَرَى فِيهَا آفَةً دُونَ المَوتِ

Maksudnya : "Alangkah besarnya nikmat Allah kepada seorang hamba, terhadap nikmat keluarga, harta dan anak, lalu dia mengucapkan : ( مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ ), sekalipun dia melihat pada perkara tersebut ada musibah/wabak melainkan kematian." (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Awsath, disahihkan oleh Ibn al-Qayyim di dalam Syifa’ al-’Alil, dan didhoiefkan oleh al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhoiefah). Daripada Nabi saw juga : 

أَنَّهُ كَانَ إِذَا رَأَى مَا يَسُرُّهُ قَالَ : الحَمدُ لِلَّهِ الذِي بِنِعمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Maksudnya : Adalah baginda, apabila melihat sesuatu yang menyenangkan baginda, baginda berkata : "Alhamdulillaah allazii bi ni’matihi tatimmus soolihaat." (Riwayat Ibn Majah. Berkata al-Nawawi : Isnadnya Jayyid (al-Azkar 399)). Tamat petikan.

4- Antara zikir yang dibaca khusus ketika memasuki rumah ialah :

Daripada jabir bin Abdillah, beliau mendengar Nabi saw bersabda :

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيتَهٌ فَذَكَرَ اللهَ عِندَ دُخُولِهِ وَعِندَ طَعَامِهِ ، قَالَ الشََّيطَانُ : لَا مَبِيتَ لَكُم وَلَا عَشَاءَ ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَم يَذكُرِ اللهَ عِندَ دُخُولِهِ ، قَالَ الشَّيطَانُ : أَدرَكتُمُ المَبِيتَ ، وَإِذَا لَم يَذكُرِ اللهَ عِندَ طَعَامِهِ قَالَ : أَدرَكتُمُ المَبِيتَ وَالعَشَاءَ

Maksudnya : "Apabila masuk seorang lelaki ke dalam rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan. Berkata Syaitan : Tidak ada tempat bermalan dan makan malam untuk kamu semua (syaitan)". Dan jika seseorang itu masuk ke rumahnya dan dia tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya. Syaitan berkata : "Kamu semua (Syaitan) mendapat tempat untuk bermalam." Jika seseorang itu tidak pula menyebut nama Allah ketika hendak makan, berkata Syaitan : "Kamu semua (syaitan) memperolehi tempat bermalam dan makan malam." (Riwayat Muslim)

Bacaaan ini tidak dikhususkan untuk rumah yang baru, bahkan ia merangkumi bacaan yang perlu dibaca ketika memasuki semua rumah. Demikian juga disyariatkan untuk berlindung dengan Allah daripada al-’Ain dan al-Hasad dengan membaca :

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِن كُلِّ شَيطَانٍ وَهَامَّة ، وَمِن كُلِّ عَينٍ لَامَّةٍ

Maksudnya : "Aku berlindung kepada Allah untuk engkau dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan binatang yang berbisa dan dari ain (pandangan mata) yang menimpanya (yang akhirnya mengakibatkan sakit)." (Riwayat al-Bukhari)

5- Terdapat di dalam sunnah galakan membaca surah al-Baqarah terutamanya di dalam rumah. Daripada Abu Hurairah ra. bahawsanya Nabi saw bersabda :

لَا تَجعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيطَانَ يَنفِرُ مِنَ البَيتِ الذِي تُقرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ

Maksudnya : "Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." (Riwayat Muslim)

Syeikh Ibn Baz menyebut di dalam majmu’ Fatawanya : "Yang lebih zahir/nyata. wallahu a’lam, bahawasanya merangkumi dengan bacaan surah al-Baqarah itu setiap bacaan daripada radio atau dari tuan rumah, apa yang disebut oleh Nabi saw akan berlarinya syaitan daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah itu."

walahu a’lam. Abdul Kadir.

———-

www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17925.shtml

http://www.islam-qa.com/index.php?ref=77208&ln=ara

-al-qayyim.net-

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Non-Muslim

January 2nd, 2007 by capitt

Soalan :

Bolehkah memberi daging korban kepada orang bukan islam ?

Jawapan :

Syeikh Ibn Uthaimin berkata :

"Harus seseorang memberi kepada orang kafir sebahagian daripada daging korbannya sebagai sedekah dengan syarat orang kafir itu bukan daripada orang yang memerangi orang islam, jika orang kafir itu dari kalangan yang memerangi orang islam, maka tidak diberi kepada mereka sesuatupun berdasarkan firman Allah swt :

لا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ

Maksudnya : [8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

[9] Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahinah : 8-9)

——–

http://www.islamqa.com/index.php?ref=36376&ln=ara

-al-qayyim.net-


Bahaya Menghukum Seorang Muslim Sebagai Murtad

December 28th, 2006 by capitt

PERMASALAHAN PENTING YANG WAJIB DIPERHATIKAN

Di sini ada sejumlah permasalahan yang ingin saya
kemukakan, yaitu: Pertama: bahwa menghukumi seorang Muslim sebagai
murtad dari agamanya’ adalah sesuatu perkara yang sangat berbahaya yang
akan berakibat hilangnya seluruh wala’ dan keterikatan dia dengan
keluarga dan masyarakat. Bahkan sampai harus dipisahkan antara dia
dengan isteri dan anaknya’ karena tidak halal bagi seorang Muslimah
berada di bawah kekuasaan orang kafir. Demikian juga terhadap
anak-anaknya, ia tidak bisa dipercaya lagi untuk mendidik anak-anak,
apalagi/terutama dari segi sanksi materi yang telah disepakati
oleh,fuqaha’ secara keseluruhan.

Oleh karena itu wajib bagi kita untuk
berhati-hati dengan sepenuh hati-hati ketika menghukumi kufurnya
seorang Muslim yang keislamannya masih ada. Karena ia benar-benar
Muslim dengan keyakinannya, maka tidak bisa keyakinan itu dihilangkan
dengan keraguan.

Termasuk di antara permasalahan yang sangat
berbahaya adalah mengkufurkan orang yang tidak kafir, dan Sunnah telah
memperingatkan hal itu dengan keras.

Saya telah menulis tentang masalah tersebut dalam
suatu risalah (buku) dengan tema "Zhahiratul Ghuluwwifit Takdir,"
dengan tujuan untuk memberantas gelombang yang merusak yang menyebar
dengan leluasa dalam hal mengkufurkan orang, dan ini selalu ada yang
memeluknya.

Kedua: Sesungguhnya orang-orang yang berhak
memberikan fatwa tentang kemurtadan seorang Muslim adalah mereka yang
mendalam ilmunya dari orang-orang yang ahli. Yaitu yang dapat
membedakan antara yang qath ‘i dan yang zhanni, antara yang muhkam dan
mutasyabih, antara yang menerima ta’wil dan yang tidak menerima ta’wil.
Maka mereka tidak mengkafirkan kecuali sesuatu yang tidak ada
alternatif lainnya seperti pengingkaran sesuatu yang pasti dari agama
atau penghinaan terhadap aqidah atau syari’ah, seperti juga mencaci
Allah SWT, Rasul, dan kitabNya secara terang-terangan dan lain-lain.

Contoh dari pada itu adalah apa yang difatwakan oleh
para ulama tentang Salman Rusydi, demikian juga Rasyad Khalifah yang
mengingkari Sunnah, kemudian mengingkari dua ayat dari akhir surat
At-Taubah, kemudian mengakhiri kekufurannya dengan pengakuannya sebagai
Rasul Allah, dengan mengatakan bahwa Muhammad SAW adalah penutup para
Nabi, bukan penutup para Rasul. Fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis
Mujtama’ Fiqhi Rabithah ‘Alam Islami.

Masalah ini tidak boleh diserahkan kepada
orang-orang yang tergesa-gesa atau kepada orang-orang yang berlebihan
atau orang-orang yang sedikit ilmunya karena mereka akan mengatakan
atas nama Allah apa-apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Ketiga: Sesungguhnya yang berhak memberikan fatwa
adalah waliyul amri syar’i yang telah ditetapkan dan tidak menghukumi
kecuali kepada hukum Allah SWT dan tidak dikembalikan kecuali pada
ayat-ayat muhkamat yang jelas dari kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Keduanya (Kitab Allah dan Sunnah Rasul) itulah yang menjadi rujukan
apabila ada perselisihan antar manusia, Allah SWT berfirman:

 

"Maka jika kamu berlainan pendapat
tentang sesuatu, mata kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan
Rusul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian." (An-Nisaa’: 59)

Pada dasarnya qadhi dalam Islam itu harus dari ahli
ijtihad, dan apabila tidak memenuhi syarat, maka ia minta tolong kepada
ahli ijtihad, sehingga kebenaran itu menjadi jelas. Tidak memutuskan
perkara dengan kebodohan dan hawa nafsu’ karena jika demikian maka ia
termasuk qadhi-qadhi neraka.

Keempat: Jumhur ulama mengatakan wajibnya menyuruh
taubat kepada orang yang murtad sebelum dilaksanakannya hukuman, bahkan
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan dalam kitabnya "Ash Sharimm Al
Maslul ‘Alaa Syaatimir Rasul" Qan ini merupakan ijma’ para sahabat dan
sebagian fuqaha’–ada yang membatasi tiga hari, ada yang kurang dan ada
yang lebih dari tiga hari’ dan juga yang mengatakan disuruh bertaubat
selamanya."

Sebagian ulama mengecualikan orang yang zindiq,
karena ia menampakkan sesuatu yang berlainan dengan batinnya, maka
tidak ada taubat baginya. Demikian juga orang yang mencaci/melecehkan
Rasulullah SAW karena kemuliaan Rasulullah SAW dan kehormatannya, maka
tidak diterima taubatnya. Ibnu Taimiyah mengarang kitabnya dalam
masalah tersebut.

Yang dimaksud dengan hukum tersebut adalah
memberikan kesempatan kepadanya agar melihat kembali dirinya, dengan
harapan agar syubhat itu bisa hilang dan hujjah semakin kuat, jika ia
ingin mencari kebenaran dengan ikhlas, meskipun ia juga memiliki hawa
nafsu atau berbuat sesuatu atas perhitungan orang lain, Allah akan
menolongnya.

Ada sementara kalangan orangyang mengatakan bahwa
yang berhak menerima taubat itu Allah, bukan manusia. Tetapi itu hukum
di akhirat, adapun hukum di dunia maka kita menerima taubat yang nampak
dan kita menerima Islam yang zhahir. Dan kita memang tidak ingin
melubangi hati manusia, karena kita telah diperintahkan untuk
menghukumi dengan zhahirnya, sedangkan Allah yang mengurus yang tidak
nampak. Tersebut dalam hadits shahih bahwa barangsiapa yang mengatakan
"Laa ilaahaillallaah" maka ia terpelihara darah dan hartanya. Adapun
hisabnya ada pada Allah SWT sesuai dengan apa yang ia yakini.

Di sinilah kita katakan bahwa sesungguhnya
menghukumi kepada seseorang dengan murtad, kemudian menetapkan bahwa ia
berhak dihukum serta menentukan hukuman mati dan tidak ada lainnya dan
melaksanakan hukum itu tanpa kehati-hatian, maka yang demikian ini
membawa bahaya besar terhadap darah, harta dan kehormatan bagi manusia.
Karena ini berarti memberikan kepada orang biasa yang tidak ahli di
bidang fatwa tidak pula memiliki hikmah ahlil qadha’, dan tidak
memiliki tanggung jawab ahli tanfidz tiga kekuasaan di tangannya,
memberi fatwa (dengan menuduh), memvonis hukumannya dan melaksanakannya
sekaligus.

————-

Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an & Sunnah
 
(Malaamihu Al Mujtama’ Al Muslim Alladzi Nasyuduh)
 
oleh Dr. Yusuf Qardhawi
 
Cetakan Pertama Januari 1997
 
Citra Islami Press
 
Jl. Kol. Sutarto 88 (lama)
 
Telp.(0271) 632990 Solo 57126

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Perhatikan.html

-al-qayyim.net-

Hakikat Islam Sebelum Di Utuskan Nabi Muhammad

December 19th, 2006 by capitt

Soal:
Adakah wujudnya Islam sebelum Nabi Muhammad  diutuskan? Apakah maksud ayat ini:
"مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ"
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik." (Ali-’Imran:67)

Jawab:
Islam itu bermaksud menyerahkan diri dan hati kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu menyembah Allah semata-mata dgn ikhlas.

Ini bermakna, Allah telah mengutuskan para Rasul dan diturunkan Kitab kpd mereka. Islam dgn ini bermaksud mentauhidkan Allah, setiap urusan penganutnya adalah dikira ibadah, ia juga adalah agama setiap Nabi, tidak ada agama selainnya, ia tidak sama dgn agama-agama lain yg bkn dari langit dan tidak diturunkan nabi da kitab pdnya.

Agama setiap para Nabi adalah Islam. Firman Allah Ta’ala:-
وما أرسلنا من قبلك من رسول إلا نوحي إليه أنه لا إله إلا أنا فاعبدون"

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku." (al-Anbiya’:25)

Setiap para Nabi datang dgn dakwah yg satu iaitu menyembah hanya kpd Allah dan menjauhi taghut. Firman Allah:-
"إن الدين عند الله الإسلام"

"Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam." (Ali-’Imran:19)
Tiada agama lain di sisi Allah Ta’ala selainnya.

Allah berfirman lagi:-
"ومن يبتغ غير الإسلام دينًا فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين"
"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Ali-’Imran:85)

Dan di sini kita dapati Nabi Nuh ‘alayhi as-salam telah berkata kpd kaumnya:-
"فإن توليتم فما سألتكم من أجر، إن أجرى إلا على الله وأمرت أن أكون من المسلمين"
"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah Sedikit pun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)." (Yunus:72)

Berkata pula Nabi Ibrahim ‘alayhi as-salam:-
"إذ قال له ربه أسلم قال أسلمت لرب العالمين، ووصى بها إبراهيم بنيه ويعقوب: يا بني إن الله اصطفى لكم الدين فلا تموتن إلا وأنتم مسلمون"

"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: ""Tunduk patuhlah!"" Ibrahim menjawab: ""Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam." (al-Baqarah: 131-132)

Nabi Musa ‘alayhi as-salam pula berkata kepada kaumnya:-
"يا قوم إن كنتم آمنتم بالله فعليه توكلوا إن كنتم مسلمين"
"Berkata Musa: ""Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." (Yunus:84)

Hawariyyun, pengikut Nabi Isa ‘alayhi as-salam pula berkata:-
"آمنا بالله وأشهد بأنا مسلمون"

"Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri." (Ali-’Imran:52)

Ahli sihir Firaun yg telah beriman berkata:-
"ربنا أفرغ علينا صبرًا وتوفنا مسلمين"

"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)." (al-A’raf:126)

Nabi Sulaiman ‘alayhi as-salam telah mengutuskan kpd Ratu Balqis dan telah berkata kpdnya selepas Bismillah:-
"ألا تعلو عليّ وأتوني مسلمين"Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri." (an-Naml:31)

Islam adalah agama sekalian para Nabi dan mereka menyeru manusia kepadanya serta mereka diakui dgn Islam. Nabi Muhammad adalah penutup agama ini, dtgnya utk menyempurnakan syariat , membetulkan apa yg terseleweng, yg ditambah atau yg terkurang.

Sabda Nabi :
"إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق "
"Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak." (Diriwayatkan Bukhari, Ahmad, Baihaqi dan al-Hakim)

Islam adalah agama semua para nabi. Adalah sesuatu yg pelik utk mengatakan Nabi Ibrahim ‘alayhi as-salam adalah Yahudi atau Nasrani. Allah berfirman:-
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik." (Ali-’Imran:67)
Sesungguhnya baginda adalah penganut ajaran yg hanif. Nabi Ibrahim lah yg menamakan kita Muslimin. Untuk ini, dia tidak dinisbahkan agama ini utk mempunyai nama yg khusus dan Allah Ta’ala tidak menamakan agama ini melainkan ISLAM. Islam adalah agama samawi yg asal, yg diturunkan oleh Allah utk menunjuki hamba-hambanya. Dan Allah telah mengutuskan para Rasul. Tidak dinamakan agama ini dgn nama ‘Muhammadiah’ seperti mana ‘Masihiah’ yg menisbahkan agama mereka kepada al-Masih Isa ibn Maryam:-
"شرع لكم من الدين ما وصى به نوحًا والذي أوحينا إليك وما وصينا به إبراهيم وموسى وعيسى أن أقيموا الدين ولا تتفرقوا فيه"

"Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya." (as-Syura:13)

Islam adalah himpunan aqidah dan ibu kpd akhlak serta kemuliaan yg dibawa oleh sekalian para Nabi. Terdapat juga beberapa perbezaan antara syariat yg dibawa oleh para Nabi, iaitu perbezaan syariat yg terperinci utk mengatur hidup manusia, bersesuaian dgn keadaan semasa, zaman dan generasi. Allah berfirman:-
"لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجًا"

Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang." (al-Ma’idah:48)

Ada juga perkara yg diharamkan dlm satu2 syariat tetapi dihalalkan pula dalam syariat yg lain. Sebagaimana yg diterangkan oleh al-Quran mengenai al-Masih Isa ‘alayhi as-salam:-
"ولأحلّ لكم بعض الذي حُرّم عليكم"

"..dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu.." (Ali-’Imran:50)

Kemudian syariat Islam datang membatalkan syariat yg sebelumnya, mengekalkan apa yg baik, menghapuskan apa yg menyeleweng, menyempurnakan apa yg kurang dan diaturkan satu syariat yg kekal dan sesuai utk maslahah setiap masa dan tempat.

Sumber:
http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1268

-al-ahkam.net-

Kaitan Solat Istikharah Dengan Mimpi

December 14th, 2006 by capitt

Soal:
Adakah terdapat nas syara’ yg mengaitkan solat istikharah dgn mimpi? Jika begitu, apakah boleh seseorg yg bersolat istikharah itu di pagi hari dan mendapat jawapannya pada ptg hari? Adakah tuntutan mengulangi solat istikharah itu sebanyak tujuh kali khususnya terdapat hadith yg menyuruh utk mengulangnya?

Jawab:
Solat istikharah tiada kaitannya dgn mimpi. Ia adalah solat 2 rakaat dgn doa yg ma’thur dari Nabi saw. Dan diikuti dgn itu amal yg akan Allah pilihkan baginya. Jika ia baik utknya, maka Allah akan menyampaikan pdnya, dan jika ia tidak baik, maka Allah akan jauhkan darinya.
Dan tiada pula yg menghadkan solat istikharah itu sebanyak tujuh kali, dan tidak pula ditetapkan apa-apa bilangan. Bahkan tiada hadith yg menganjurkan utk mengulangnya. Hadith yg diriwayatkan oleh Ibn Sunni dari Anas radhiyallu ‘anhu yg mengatakan istikharah itu tujuh kali, tidak boleh beramal dgnnya kerana hadith itu sgt dha’if.

Allahu’alam..

Sumber:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=18717

-al-ahkam.net-

Fatwa: Hukum Memakai Kanta Sentuh Berwarna

December 5th, 2006 by capitt

Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawab:
Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya utk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.

Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

Allahu’alam.

Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544976

-al-ahkam.net-